Monday, March 22, 2010

Kaunter Ipoh Jaya Di Serbu!!! - 15 Mac 2010

Penjaja-penjaja pasar Gunung Rapat tidak berpuas hati dengan cadangan meroboh dan membina pasar tersebut. (lihat catatan lama) Mereka juga menentang keras cadangan penempatan sementara yang terletak dibelakang deretan gerai limau tambun, Jalan Gopeng.

Kebanyakan pelanggan tetap pasar Gunung Rapat telah menyatakan ketidak sanggupan mereka untuk pergi ke lokasi tersebut. Maka ini tentu sahaja akan menjejaskan pendapatan para penjaja.

Saya telah pun mengaturkan satu perjumpaan untuk berbincang dan mendengar pendapat semua pihak terbabit. Ianya dirancangkan pada 18 Mac 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Gunung Rapat. Datuk Bandar Ipoh, Dato' Roshidi Hj Hashim juga telah dijemput hadir.

Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye telah mengesahkan kehadiran beliau.

Tetapi para penjaja telah mengambil inisiatif sendiri untuk datang beramai-ramai ke kaunter saya bagi menandatangani memorandum bantahan usaha penempatan sementara meraka yang akan mengambil masa kira-kira 1 1/2 tahun.

Mula-mula cool saja,


Kemudiannya....







Pegawai SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) pun datang bagi mendaftarkan pemilih.

Friday, March 5, 2010

Spesis Katak Jadian



Ada satu istilah yang cukup popular dewasa ini - ' Katak '. Ianya merujuk kepada wakil rakyat yang dipilih rakyat melalui pilihanraya yang sah yang mewakili parti-parti tertentu, akhirnya melangkah keluar parti.

Bukan melangkah sebenarnya, melompat.

Malangnya, majoriti yang melompat adalah daripada parti saya sendiri, Parti KEADILAN Rakyat.

Mungkin juga terbeban dengan nama parti, tidak mampu ditanggung bahu, tidak mampu berlaku adil, maka melompatlah!

Persepsi - Lompatan maut adalah hasil konspirasi UMNO BN.

Sekiranya ia satu konspirasi, apakah tujuannya? Supaya KEADILAN dilihat lemah, hampir berpecah dan akan terkubur pada Pilihan Raya Umumm (PRU) akan datang?

Selepas PRU ke-11 pada tahun 2004, yang melihatkan KEADILAN cuma menang 1 kerusi sahaja iaitu Permatang Pauh, dimenangi oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berbondong-bondong keluar meninggalkan parti.

Ramai yang bercakap sinis mengatakan KEADILAN akan terkubur selepas PRU 2008.

Kemudiannya, apakah yang terjadi.

Saya menyeru kepada ahli dan pendukung KEADILAN supaya jangan cepat melatah. Janganlah kita termasuk dalam perangkap yang dicipta musuh lalu mula menyalahkan kepimpinan sendiri.

Kepada rakan komponen PR, ujian sebegini adalah untuk kita lebih merapatkan lagi persaudaraan sesama kita. Jangan kita salah menyalah dan memandang serong antara satu sama lain. Kerana inilah yang puak lawan inginkan.

Jangan kita menghabiskan masa dengan merasa kesal atas katak2 yang telah pergi meninggalkan kita. Sebaliknya kita perlu kerja lebih keras lagi.

Cara yang paling baik menangani kemusnahan adalah dengan membina tembok-tembok kekuatan.

Mereka curi 3 Ahli Parlimen kita, kita tambahkan 3000 ahli parti kita.

Mereka tarik 10 Ahli Parlimen kita, kita tarik sokongan ratusan ribu pengundi seluruh negara supaya mereka tak mampu lagi mengangkat muka pada pilihan raya akan datang!

Kepada UMNO Barisan Nasional - kami yang memilih untuk berjuang di landasan Pakatan Rakyat, sedia maklum akan segala risiko dan taktik keji kamu.

Yakinlah, sekuat mana tekanan kamu terhadap kami, kami lebih kuat lagi.

Bergembiralah kamu dengan katak-katak yang melompat. Your days are numbered.

Thursday, February 25, 2010

Kebakaran Kg Baru Simpang Pulai - 24 Februari 2010


Imej santai penduduk Kg Baru Simpang Pulai

Saya dikejutkan daripada tidur sekitar jam 4.45 pagi. Dikhabarkan tentang kebakaran sederet rumah kedai 7 pintu yang terletak di belakang sekolah SRJK (C)Phui Ying. Saya bingkas bangun, membelah kedinginan pagi menuju ke tempat kejadian.

Mujurlah tiada sebarang kecederaan, hatta kemalangan jiwa. Cuma kerugian harta benda dalam anggaran RM100,000. Punca kebakaran masih disiasat.

Rumah kedai sederet itu merupakan bangunan lama yang didirikan sekitar tahun 1932. Oleh sebab ianya lama, maka tiada pihak insurans sanggup melindunginya. Kerugian dialami penduduk dan peniaga di situ amat perit lantaran terpaksa ditanggung sepenuhnya sendiri.

Kampung Baru Simpang Pulai adalah kampung majoriti kaum Cina. Kebanyakan penduduk disini agak berusia. Yang muda barangkali telah berhijrah ke taman-taman perumahan sekitar Bandaraya Ipoh.

Kehidupan mereka juga aman damai. Rutin kehidupan kebanyakan penduduk di sini, bangun pagi dan pergi ke pasar, sarapan pagi di kedai-kedai kopi, berbasikal ke sana ke mari dan menghantar anak ke sekolah dengan berjalan kaki. Aman damai dan kurang stress!

Kebakaran yang berlaku awal pagi ini sedikit sebanyak menggugat keharmonian penghidupan seharian mereka.

Senario tempat kejadian




Terkorban


Musnah...


Berbincang dengan mangsa-mangsa kebakaran


Memberi butiran kejadian kepada wartawan Sinar Harian


Mengambil data mangsa




Sampaikan bantuan segera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa

Monday, February 8, 2010

Gotong royong Chandan Desa - 7 Feb 2010


Akhirnya impian terlaksana!

Semenjak kerja-kerja penambah baikan longkang besar ( monsoon drain ) Chandan Desa ini dimulakan, saya telah mengimpikan untuk menganjurkan program gotong royong di sini.

Mimipi saya tak sama dengan orang lain mungkin. :)

Monsoon drain Chandan Desa ini dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah banjir kilat penduduk setempat.

Setelah beberapa bulan membuar susulan kes ini dengan pihak MBI, akhirnya kerja-kerja pembaikan longkang selesai. Dan tibalah masanya untuk melibatkan penduduk sekitar agar rasa tanggung jawab terhadap alam sekeliling dapat dipupuk.

Ironinya, menurut salah seorang petugas MBI, longkang ini pernah mendapat status longkang terbaik dalam Malaysia!

Hukum alam. Benda baik kalau tidak dijaga baik lama kelamaan akan menjadi tidak baik juga.

Sekalung tahniah buat penduduk Chandan Desa yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Terutama kepada peserta kanak-kanak kami yang cukup hebat lagaknya memakai boots!

Saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada para petugas MBI diketuai Encik Zackaria, yang telah memberikan kerja sama cukup baik.



Ambil peluang naik lori



Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI ) yang memberikan kerjasama cukup baik



Wakil Srikandi KEADILAN , Iza Suraya Hj Zainudin






Pada keadaan biasa, tentu tak ada peluang buat begini.



Bergotong royong dan tolong menolong



Penat!



Bergambar besama setelah selesai program. Turut hadir memberi sokongan, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye

Friday, January 22, 2010

Launching of Suara Keadilan, Mandarin version - 17 January 2010

On a fine Sunday morning, Suara Keadilan, Mandarin version was launched at the Gunung Rapat market. This is done to create awareness of the existence of the paper to the public.

Gunung Rapat market was picked as the location because it is like a meeting place for common folks in the vicinity and the surrounding areas.

The MP of Gopeng, Dr Lee Boon Chye, the village Head Chief of Kg Baru Gunung Rapat and I did the ribbon cutting ceremony. Later on we distributed the papers.

The response we got was very good but it was kinda expected. After all, we are familiar faces to the patrons there.




Taking turns delivering a few words



Very young readers



Handshake and warm smile, priceless!



Our supporters come from all walks of life



Dr Lee exchanging morning greetings with a shopper



Dr Lee looking sleek and at ease distributing free newspapers at the wet market

Saturday, January 16, 2010

Political Breakfast - Kg Sengat 16 Jan 2010

Apa itu 'political breakfast'?
Ianya satu acara santai, bersarapan dengan penduduk atau wakil-wakil penduduk dalam kawasan DUN Simpang Pulai. Sebenarnya, program santai ini telah dimulakan pada tahun lalu. Ianya memberi peluang kepada saya dan penduduk untuk duduk berbual dan berbincang dengan gaya yang tidak formal.

Kami dapat berbincang mengenai permasalahan kawasan, persoalan politik juga hal-hal lain dalam kumpulan yang lebih kecil. Maka ianya memberikan lebih ruang untuk bersuara dan menyatakan pendapat.

Sambutan daripada penduduk Kg Sengat amat baik. Semoga ianya memberikan kesan positif dalam mewujudkan hubungan 2 hala yang lebih berkesan.

Makanan di gerai tersebut juga sedap



Peluang berinteraksi secara santai dengan masyarakat



Dr Lee kelihatan serius

Monday, January 11, 2010

Serangan Terhadap Rumah Ibadah Kristian Dikecam


Saya mengutuk dengan sekeras-kerasnya, tindakan mereka yang terlibat dalam serangan ke atas beberapa buah gereja Kristian di seluruh negara semenjak beberapa hari yang lalu.

Episod malang dalam negara seperti itu, tidak seharusnya berlaku. Selama ini Malaysia dikenali dunia sebagai satu negara pelbagai kaum, agama, adat dan budaya tetapi masih dapat hidup dalam suasana harmoni.

Tindakan puak pelampua ini juga bertentangan dengan perlembagaan negara yang menjamin hak kebebasan beragama dan mempraktikkan ajaran agama masing-masing.

Malah menurut Islam sendiri, walaupun dalam masa peperangan, rumah ibadah agama apa sekalipun tidak boleh diserang. Mereka yang berlindung di dalamnya juga tidak boleh disakiti.

Walaupun begitu, saya berasakan, kejadian serangan itu bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan. Sebaliknya ia lebih merupakan satu padah akibat berpuluh tahun dipupuk dengan politik sempit yang sentiasa memainkan isu kaum dan agama.

Namun sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan keamanan, saya menyeru agar semua pihak dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang cuba dicetuskan.