Thursday, April 15, 2010

Penangan Penjaja Pasar - 15 April 2010

MBI melakar sejarah. Gara-gara penangan para penjaja.


Kami datang untuk bertemu Datuk Bandar. Segala dolak dalihnya tidak dapat diterima lagi. Mengikut jadual, beliau ada sesi taklimat bersama pegawai-pegawai MBI mengenai pasar Gunung Rapat pada jam 2.30 petang di bilik mesyuarat dalam bangunan MBI.

Maka, kami ambil kesempatan ini untuk :

1) menyuarakan isi hati penjaja tentang isu roboh/bina pasar

2) mendapatkan jaminan daripada Datuk Bandar yang tiada sebarang keputusan/kerja bersangkutan cadangan roboh/bina pasar akan diambil/dibuat, selagi mana Datuk Bandar tidak berbincang dengan para penjaja.

Penjaja memenuhi ruang legar MBI. Anggaran 76 orang penjaja yang hadir. Mereka menutup bisnes awal dan bersemangat tinggi.

Ada yang kata penjaja ini 'ordinary folks' yang tak boleh nampak 'the bigger picture'. Saya nak nyatakan di sini, para penjaja pasar Gunug Rapat bukan 'ordinary folks'.

Mereka bekerja keras tanpa mendapat sebarang keistimewaan. Mereka pembayar cukai dan memperbaharui lesen jajaan. Mereka berani membuat keputusan dan berani berdepan risiko.

Mereka berani dalam menentukan masa depan diri dan keluarga.

Disambut oleh ramai pengawal MBI


Kehadiran pengawal MBI yang ramai dan polis berbaju biasa tidak menakutkan mereka. Penjaja wanita pasar releks sahaja.


Sempat berjenaka dengan para penjaja sementara menunggu 'keberangkatan tiba' Datuk Bandar Ipoh


Penjaja bersemangat tinggi


Rupanya Datuk Bandar tidak dapat dipastikan pukul berapa akan balik ke pejabat, ataupun akan balik atau tidak. Taklimat beliau bersama para pegawainya yang dijadualkan pada jam 2.30 petang pun telah dibatalkan.

Inilah penangan penjaja pasar Gunung Rapat.

Cuma Setiausaha MBI bergegas datang dari SUK untuk menangani 'situasi' di ruang legar bangunan MBI. Saya mengasak Datuk Rahim agar berjanji di hadapan para penjaja bahawa tidak akan ada apa-apa proses kerja dalam rancangan roboh/bina pasar baru Gunung Rapat, sebelum Datuk Bandar bertemu para penjaja pada 30hb akan datang.

Datuk Rahim cuma mengatakan "Status quo."

2 dari kiri,Setiausaha MBI, Datuk Rahim (berbaju batik)


Memberi penerangan kepada para penjaja tentang apa yang dimaksudkan oleh Setiausaha MBI, Datuk Rahim. Mood penjaja agak tegang.


Para penjaja kecewa kerana Datuk Bandar tidak menunjukkan mukanya dan tidak yakin dengan jaminan mulut Datuk Rahim yang bagai teragak-agak itu.

Ada yang meminta jaminan bertulis. Ramai yang mula melaungkan "Kami tak mahu pasar baru!"


Dr Lee menenangkan seorang penjaja muda yang jelas kecewa kerana tidak dapat bertemu Datuk Bandar


Walaupun kurang berpuas hati kerana tidak dapat berjumpa sendiri dengan Datuk Bandar, manakala jaminan secara lisan oleh Setiausaha MBI Datuk Rahim yang cuma mengatakan semuanya adalah 'status quo', iaitu tiada sebarang perubahan sementara menunggu sesi bertemu Datuk Bandar pada 30hb ini, para penjaja masih dapat mengawal emosi.

Tahniah!


Bergambar beramai-ramai


Dr Lee Boon Chye dalam sesi sidang media


Terima kasih kepada rakan media

14 April 2010 - Tindakan seterusnya...?

Pagi ini saya berpeluang bercakap dengan Datuk Bandar melalui telefon. Pada dasarnya beliau bersetuju bertemu dengan penjaja pada 30hb April. Tetapi pada masa yang sama tidak dapat memberi jaminan projek bina/roboh pasar Gunung Rapat tidak akan ada apa-apa perkembangan terbaru sehingga Datuk Bandar bertemu dan berbincang dengan para penjaja pada 30 hb akan datang.

Saya turun berbincang dengan para penjaja tentang tindakan seterusnya. Nyatalah para penjaja tidak dapat menunggu sehingga 30hb sedang tiada apa-apa jaminan daripada pihak berkuasa.

'Update' perkembangan terbaru kepada penjaja pasar.




Angkat tangan tanda bersetuju ke MBI beramai-ramai

Saturday, April 10, 2010

10 April 2010 - Jabatan Penerangan turun ke Pasar


Encik Mohd Akhir, berbaju coklat

Agak mengejutkan kerana pihak kami dan penjaja menyangka pegawai MBI yang akan turun bertemu penjaja, sebaliknya Encik Mohd Akhir daripada Jabatan Penerangan Negeri Perak yang turun bertemu dan bertanya secara terus kepada para penjaja.

Menurut Encik Mohd Akhir, beliau menghimpun maklumat untuk disalurkan kepada pihak MBI. Rupanya ada prosedur sebegini..?

Friday, April 9, 2010

Isu Pasar Gunung Rapat - Reaksi Balas Datuk Bandar


Datuk Bandar Ipoh, Dato' Roshidi Haji Hashim

9 April 2010- Reaksi balas Datuk Bandaraya Ipoh, Dato' Roshidi Bin Haji Hashim terhadap 'mini demo pasar Gunung Rapat' semalam, tersiar di dada-dada akhbar harian, hari ini. Atas semangat 'perbincangan', maka saya siarkan di sini kenyataan beliau menurut laporan akhbar Sinar Harian Perak, tanpa edit.

Sesi dialog di tapak sementara : Roshidi

KAMPUNG SIMEE - Pembangunan di Pasar Gunung Rapat akan tetap diteruskan sebagaimana yang telah dirancang, kata Datuk Bandar, Dato' Roshidi Hashim ketika menjawab soalan wartawan berhubungan segelintir golongan peniaga di Pasar Gunung Rapat yang memprotes pembangunan di pasar berkenaan selain turut menggesa satu sesi dialog antara pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan peniaga dianjurkan.

Menurutnya, sesi dialog berkenaan bakal dianjurkan kelak, namun segala gesaan yang dibuat dilihat bagaikan menimbulkan masalah baru sedangkan majlis dialog tersebut bertujuan menyelesaikan masalah.

"Sebenarnya wujud 2 permasalahan iaitu, masalah pembangunan serta masalah penempatan sementara pasar berkenaan.

"Justeru, pihak kejuruteraan MBI sedang menkaji kesesuaian kawasan-kawasan berhampiran bagi didirikan tapak pasar sementara demi kemudahan orang ramai," katanya.

Roshidi berkata demikian sempena lawatan ke Pusat Khidmat Ahli Majlis, Majlis Banadaraya Ipoh di Pusat Khidmat Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Canning di sini, semalam.

Beliau berkata MBI akan tetap mengadakan majlis dialog bersama golongan peniaga setelah kawasan yang sesuai bagi penempatan pasar sementara dikenal pasti.

Bgaimanapun katanya, tarikh sesi dialog berkenaan belum ditentukan dan bakal diumumkan kelak.

Sementara itu, Roshidi berkata, isu pembangunan pasar di sini bukanlah satu isu politik, sebaliknya ianya adalah proses pembangunan yang perlu dilakukan demi kepentingan rakyat.

Katanya, sejumlah RM5 hingga RM6 juta bakal diperuntukkan kepada proses-proses pembangunan serta penambah baikan pasar di sekitar bandar raya.

"Saya berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dan kewujudan pasar baru di Gunung Rapat bakal menyerikan kawasan berkenaan seiring pembangunan di kawasan sekitar," katanya.

Sinar Harian - 9 April 2010

Thursday, April 8, 2010

Mini Demo Pasar Gunung Rapat - 7 April 2010

Ruang berbincang nampaknya tiada. Para penjaja perlu bersuara. Mereka cuma mahu ruang bersuara dan menyatakan pendapat. Kerana pihak berwajib tidak langsung ambil pusing akan kewujudan dan pandangan mereka, inilah caranya untuk mendapatkan perhatian daripada pihak yang memegang kuasa.











Mesej-mesej yang ingin disampaikan






Pendirian para penjaja dizahirkan di gerai-gerai mereka










Sessi 'press conference' selepas demonstrasi



Menjawab soalan para pemberita

Wednesday, April 7, 2010

Tiada Peluang Bincang - 6 April 2010

Nampaknya pihak Datuk Bandar tiada minat berjumpa mendengar suara hati penjaja. Kenyataan demi kenyataan mengenai pasar beliau luahkan melalui akhbar tanpa mahu berdepan dengan pihak penjaja.

Maka satu mesyuarat telah saya adakan pada tarikh ini, jam 1.30 tengahari bagi berbincang tentang langkah seterusnya.

Friday, April 2, 2010

Wakil Penjaja Pasar ke MBI - 30 Mac 2010


Rajinnya orang BN buka kaunter


Buka kaunter BN dalam bangunan kerajaan. Waaah!!! Terlebih betullll!!!


Duduk dari kiri, Encik Zulkarnain, sebelah beliau Encik Syed Nasir. Berdiri di belakang, rakan media.




Wakil-wakil Penjaja




Penyerahan petisyen kepada wakil Datuk Bandar

Saya telah 'booking' tarikh 30 Mac jam 3 petang untuk mengadakan pertemuan antara wakil-wakil penjaja pasar dengan Datuk Bandar Ipoh.

Seperti dijanjikan, saya dan wakil-wakil penjaja bertemu di lobi bangunan Majlis Bandaraya Ipoh dan kemudiannya bersama-sama menaiki lif ke tingkat 10.

Malangnya apabila sampai, kami diberitahu Dato' Roshidi Haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh telah pergi ke Istana kerana dipanggil mengadap Tuanku.

Tentangan para penjaja atas isu perobohan dan pembinaan semula pasar Gunung Rapat serta bantahan atas cadangan lokasi penempatan sementara, telah disampaikan oleh wakil-wakil penjaja yang dipilih pada majlis perbincangan 18 Mac lalu.

Encik Zulkarnain dan Encik Syed Nasir telah menjadi wakil Datuk Bandar bagi menerima petisyen yang telah ditandatangani oleh 121 orang penjaja dan lebih seribu orang awam, membantah cadangan meroboh dan membina semula pasar berkenaan.

Saya masih akan cuba untuk mendapatkan Datuk Bandar bagi satu sesi dialog antara beliau dan para penjaja pasar. Harapan saya tidak akan timbul lagi pelbagai alasan dan perlakuan melengah-lengah di pihak beliau.