Tuesday, February 1, 2011

Diskusi Rakyat Kg Sengat - 20 Januari 2011


Tuan rumah, Tuan Haji Zainudin Mohamad, Ketua Kampung Sengat lantikan Pakatan Rakyat



Dari kanan, moderator program Sdr Megat Ikmal Hisham, panelis Sdr Radhi Zainon




Diskusi Rakyat. Apa itu 'Diskusi Rakyat' ? Pada kata asalnya adalah seperti satu ceramah kelompok. Yakni ia terdiri daripada panel penceramah dan satu kumpulan kecil pendengar ( kurang 50 orang ). Namun bezanya adalah, dalam diskusi rakyat, komunikasi adalah secara 2 hala. Para pendengar juga boleh bertanya dan mengemukakan pandangan mereka.

Dalam Diskusi Rakyat bertempat di kediman Haji Zainudin Mohamad di Kg Sengat, Simpang Pulai, anggaran 30 hadirin telah hadir. Lebih membanggakan kaum wanita telah turut bersama. Kebiasaannya agak sukar bagi wanita yang tidak terlibat secara langsung dengan politik untuk hadir mendengar ceramah pada malam hari. Dan kebanyakan yang hadir adalah pengundi atas pagar, malah ada juga ahli-ahli UMNO.

Nampaknya media arus perdana semakin tidak dipercayai kredibilitinya, maka rakyat mula mencari penerangan tentang isu-isu semasa melalui sumber-sumber lain.

Seperti pepatah Inggeris 'The Boy Who Cried Wolf' merujuk kepada kisah tradisi masyarakat Inggeris tentang seorang budak pengembala kambing yang mengusik orang-orang kampung dengan teriakan "Wolf! Wolf! (serigala)", sedangkan tiada serigala berdekatan. Maka orang kampung datang berbondong-bondong untuk menyelamatkan budak tersebut dan kambing peliharaannya, cuma kemudiannya menyedari bahawa budak itu telah menipu.

Budak gembala kambing mengulang-ulang idea penipuan beliau dan pada suatu hari ternyata benar ada seekor serigala menyerang kambing peliharaannya, orang kampung tidak lagi ambil peduli.



Panelis yang turut hadir pada malam itu selain daripada saya sendiri, adalah YB Dr Lee Boon Chye ( Ahli Parlimen Gopeng ) dan Ustaz Radhi Zainon ( bekas calon DUN Sg Rapat yang juga Timbalan YDP PAS Gopeng )


YB Dr Lee Boon Chye sedang memberi penerangan mengenai Wikileaks, Apco dan isu kenaikan harga barang.


Secara keseluruhannya program tersebut berjalan dengan baik dan lancar walaupun dengan kehadiran tak kurang daripada 4 orang SB ( Special Branch ) yang mengintai dari jauh.

No comments: