Tuesday, May 31, 2011

KEADILAN Simpang Pulai Sudah Bersedia

Ya, memang kami sudah membuat persiapan. Namun masih memerlukan sukarelawan dan sumbangan dalam bentuk kewangan. Sudah sampai masanya setiap rakyat Malaysia yang prihatin dan mahukan perubahan, bangun menuntut perubahan itu.

Memastikan undi kita adalah untuk calon-calon Pakatan Rakyat, mungkin sahaja belum mencukupi. Memastikan undi-undi ibu, ayah, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan tetangga juga untuk Pakatan Rakyat, mungkin mencukupi. Namun kemungkinan juga belum.

Barisan Nasional yang terdesak pasti akan melakukan sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa. Tidak cukup dengan imbuhan, pujukan dan ugutan, malah dengan penipuan.

Oleh itu jentera kita perlu kukuh, bersedia, berilmu, mempunyai jati diri yang kuat. Kita perlu bilangan yang ramai.....

Kami amat mengalu-alukan sukarelawan yang ikhlas untuk berjuang demi masa depan yang lebih baik. Sila hubungi saya secara e-mail dengan butiran peribadi - chanmingkai80@gmail.com atau vitalsyllabus@yahoo.com




Keratan Sinar Harian - 31 Mei
2011

Parti KEADILAN Rakyat Simpang Pulai bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka berlaku pasa bila-bila masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, tidak dinafikan bahang PRU 13 semakin terasa malah petanda demi petanda dapat dilihat jelas oleh pemerhati politik.

Menurutnya, jentera telah membuat persediaan bagi membantu gerak kerja pilihan raya Pakatan Rakyat semenjak berlakunya insiden rampasan kuasa di Perak Februari 2009 lalu.

'Di Malaysia, kita tidak diberitahu awal akan tarikh pilihan raya bahkan boleh berlaku bila-bila sahaja dengan pembubaran Parlimen, kerana itu aktivis politik perlu dalam keadaan bersiap sedia.

"Kita melihat dengan pelbagai isu dan petunjuk, ramai yang meramalkan ianya bakal diadakan tahun ini, bahkan pimpinan tertinggi parti politik pemerintah juga telah menyeru ahli partinya bersiap sedia,' katanya kepada Sinar Harian.

Ming Kai yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Parti KEADILAN Rakyat Perak berkata, pihaknya kini giat memperkemas jawatankuasa pilihan raya KEADILAN bagi seluruh negeri.

Kata beliau, pihaknya akur mempunyai sumber kewangan yang agak terhad, maka sumber kekuatan tenaga kerja manusia sangat diperlukan dengan sokongan kecanggihan teknologi masa kini.

"Maka harap penyokong dapat membantu dengan mendaftarkan diri sebagai sukarelawan pilihan raya. Sudah sampai masanya mereka yang bersemangat tetapi masih di pinggiran tampil memainkan peranan lebih proaktif," katanya.

Ming Kai turut menyarankan ahli parti di semua peringkat dan cabang, khususnya di Perak memperkemas persiapan pilihan raya yang dijangka paling getir.

"Saya meminta kesemua ahli sama ada di peringkat pimpinan tertinggi dan akar umbi dalam PR bersedia dalam semua aspek seolah-olah pilihan raya semakin hampir.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan, boleh lampirkan butiran peribadi ke : chanmingkai80@gmail.com atau vitalsyllabus@yahoo.com.

No comments: