Thursday, October 23, 2008

Program Kemanusiaan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat - 15 Okt & 22 Okt 2008



Disebalik kemeriahan Syawal, dengan kesibukan dan keseronokan memenuhi undangan ke majlis Aidilfitri, kita tidak seharusnya terlupa akan golongan yang hidup dalam keadaan serba daif.

Umat Islam berpuasa sebulan Ramadhan, bagi melatih diri mengawal hawa nafsu, menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari. Akan tetapi, ada golongan yang selalu terpaksa 'berpuasa' akibat kesempitan hidup.

Atas kesedaran ini, Program Kemanusiaan, Amal Jariah Aidilfitri telah diadakan dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 15 Oktober dan 22 Oktober 2008.

Pada program ini, pegawai-pegawai daripada JKM telah hadir di lokasi yang pihak kami tentukan sekitar kawasan DUN Simpang Pulai, dan bertugas di sana untuk berjumpa, menemubual dan seterusnya memproses permohonan daripada mereka yang memerlukan. Pihak kami telah membuat hebahan kepada penduduk setempat dengan dibantu juga oleh ketua-ketua kampung dan para aktivis kami.

Memilukan, melihat begitu ramai yang mengharapkan bantuan. Warga emas yang melarat, ibu tungggal yang berjuang menyara keluarga dan insan-insan istimewa yang terkadang tidak mengerti apa-apa.

Saya memang amat berharap agar dapat membantu seberapa ramai yang mungkin. Tetapi saya juga faham dengan garis panduan daripada JKM yang perlu diikuti dengan kadar peruntukan yang ada.

Kepada kita yang mampu, lihatlah mereka yang disekeliling kita, warga emas, anak yatim atau keluarga daif. Bantulah mereka ini, sekampit beras, setin susu atan RM10, tanda kasih sayang sesama insan.

Thursday, October 16, 2008

Aidilfitri 2008





Ini adalah tahun pertama saya menyambut Aidilfitri setelah dilantik menjadi wakil rakyat. Pada tahun-tahun sebelum ini, memang saya ada mengunjungi kawan-kawan pada hari raya Aidilfitri dan juga menghadiri rumah terbuka.

Tahun ini agak berbeza. Semenjak bulan Ramadhan lagi saya telah sebok menghadiri majlis berbuka puasa di surau-surau, juga berpeluang berbuka puasa di rumah seorang kenalan Islam dalam suasana kekeluargaan.

Bila tiba hari raya, saya merasa gembira kerana dapat bersama-sama meraikannya dalam suasana harmonis dan semangat perpaduan. Ada juga jemputan yang tidak dapat saya penuhi, dan saya mohon ribuan maaf.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Aidilfitri, maaf zahir batin. Dan saya ingin berkongsi kemeriahan Aidilfitri tahun ini melalui rakaman lensa kamera.

Tuesday, October 14, 2008

Tribute To A Comrade - 14 Oct 2008


My friend, my comrade, passed away suddenly on the 26th of September last year. For a few months prior to his death, he complaint of being unwell.

Vejayakumaran, or better known as Kumar, was a staunch KeADILan member and was attached to the Gopeng division. His last post with the party was as the vice division chief of KeADILan Gopeng division. His participation in party activities was commendable and was a loving husband and father, and was also a doting grandfather to his only grandaughter.

Today, I attended prayers held at his home to mark 1 year of his demise, together with Teja Adun, Chang Lih Kang. We came to give our respect and also to present a certificate of recognition to his contribution to the party, signed by Dato' Seri Anwar Ibrahim and Gopeng division chief, Dr Lee Boon Chye, to his widow who immidiately placed it next to her husband's photo.

To you, Kumar, i bid farewell.

Sri Muneeswarar Tample - 12 Oct 2008




I was invited to the Sri Muneeswarar Tample, Gunung Kuroh which is under Simpang Pulai, for the tample annual celebration.It was a big reception and when I arrived, I was ushered to the deity and a cloth was tied around my head and 'malai' around my neck, which made me felt really honoured indeed. My PA joked, saying that I looked like an Indian warrior!

The atmosphere was of a festive one, with the ladies dressed in colourful, traditional clothing.

To be able to participate and experienced the culture, as Malaysians we are truly blessed with the 'varieties' in many aspects of our lives.

Monday, October 13, 2008

Dialogue With PDRM (Polis DiRaja Malaysia)




On the 10th of October, a dialogue between the Police Force and the public on crime prevention was held at the Gopeng PKR division main office at Taman Soong Choon.The turned out was fantastic. It showed that the public was very much concerned with their safety and the safety of their loved ones. Their presence there also showed that they were willing to communicate and thus, cooperate with the police to create a safer environment for all.

SM Kamarudin from Balai Polis Kampung Rapat and ASP Hafezul gave out pointers and lined up ways in crime prevention.Questions thrown at them were sometimes heated and at times full of emotion but the 2 officers were cool in handling public complaints.

But at the end of the programme, many of the participants came up to shake hands with the 2 officers. It was a healthy start in creating a better relationship between the public and the police force.

Saturday, October 4, 2008

Sumbangan Aidilfitri - 29 & 30 SEPT 2008




Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sumbangan untuk diberikan kepada keluarga termiskin dalam setiap DUN.

Sumbangan telah di sampaikan kepada 43 keluarga dalam Kampung Simpang Pulai, Kampung Sengat dan Kampung Tanjung, dengan kerjasama Ketua Kampung Encik Abu Bakar, Tuan Haji Zainudin dan Encik Mohd Zin.

Adalah diharapkan dengan sumbangan tersebut dapat memberikan sedikit keceriaan buat mereka.

29 SEPT 2008 - Monday










Fire broke out at the wee hours of the morning. 4 homes in Taman Ipoh Jaya were badly affected. Luckily no lives were lost and no one was seriously injured.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin came around 12.30 noon to visit and handed out emergency aid to these victims.

I thank the various department, Jabatan Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Balai Polis Kampung Rapat, Tenaga Nasional Berhad and Majlis Bandaraya Ipoh for their help in easing the plight of the victims. Also the residence nearby for their compassion.

To the victims, I pray that they will have the strength to carry on and I will do my best to help them rebuild their lives.

Buka Puasa - 21 - 24 SEPT 2008




Majlis berbuka puasa yang sempat saya hadiri sepanjang 4 hari tersebut adalah di Surau Kampung Tanjung, Surau Al- Falah Taman Panglima, Surau Islamiyah Taman Bersatu dan Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi. Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pengerusi-pengerusi surau, Encik Sallehuddin, Tuan Haji Hashim, Dr Khairuddin dan ketua kampung, Encik Mohd Zin dan Tuan Haji Zainudin.

Yang paling menarik, melihat kanak-kanak berbaris untuk mendapatkan duit raya!

Buka Puasa - Kg Tanjung 21 SEPT 2008



Pada bulan puasa tahun ini, saya telah berpeluang bersama-sama umat Islam dalam kawasan saya, berbuka puasa dan mendalami adat, adab dan budaya orang Islam. Peluang sebegini sangat-sangat saya hargai kerana saya adalah wakil rakyat semua kaum dan fahaman dalam DUN Simpang Pulai.

Di Kampung Tanjung, satu sesi dialog telah diadakan sebelum waktu berbuka. Penduduk setempat mengambil peluang tersebut untuk mengemukakan permasalahan mereka dan berkongsi pendapat. Tiba waktu berbuka, saya telah bersama-sama duduk bersila dan menikmati juadah yang disediakan oleh penduduk Kampung Tanjung secara gotong-royong, dalam suasana yang cukup mesra.

8 SEPT 2008

Banjir adalah salah satu masalah dalam DUN Simpang Pulai, kawasan yang saya diberikan amanah untuk menjaganya. Bagi memahami masalah ini, saya telah berbincang dengan pihak-pihak yang berwajib. Hasilnya satu gotong-royong telah diadakan bagi melebar dan mendalamkan parit dengan kerjasama pihak MDKB (Majlis Daerah Kinta Barat), JKR (Jabatan Kerja Raya) dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran). Masalah banjir dalam kawasan Simpang Pulai adalah rentetan daripada Sungai Raia dan Sungai Kinta yang telah tepu. Adalah diharapkan dengan kerja-kerja pelebaran parit dan pembersihan longkang-longkang yang tersumbat akan dapat mengurangkan permasalahan ini.