Thursday, October 16, 2008

Aidilfitri 2008





Ini adalah tahun pertama saya menyambut Aidilfitri setelah dilantik menjadi wakil rakyat. Pada tahun-tahun sebelum ini, memang saya ada mengunjungi kawan-kawan pada hari raya Aidilfitri dan juga menghadiri rumah terbuka.

Tahun ini agak berbeza. Semenjak bulan Ramadhan lagi saya telah sebok menghadiri majlis berbuka puasa di surau-surau, juga berpeluang berbuka puasa di rumah seorang kenalan Islam dalam suasana kekeluargaan.

Bila tiba hari raya, saya merasa gembira kerana dapat bersama-sama meraikannya dalam suasana harmonis dan semangat perpaduan. Ada juga jemputan yang tidak dapat saya penuhi, dan saya mohon ribuan maaf.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Aidilfitri, maaf zahir batin. Dan saya ingin berkongsi kemeriahan Aidilfitri tahun ini melalui rakaman lensa kamera.

No comments: