Saturday, October 4, 2008

Buka Puasa - Kg Tanjung 21 SEPT 2008



Pada bulan puasa tahun ini, saya telah berpeluang bersama-sama umat Islam dalam kawasan saya, berbuka puasa dan mendalami adat, adab dan budaya orang Islam. Peluang sebegini sangat-sangat saya hargai kerana saya adalah wakil rakyat semua kaum dan fahaman dalam DUN Simpang Pulai.

Di Kampung Tanjung, satu sesi dialog telah diadakan sebelum waktu berbuka. Penduduk setempat mengambil peluang tersebut untuk mengemukakan permasalahan mereka dan berkongsi pendapat. Tiba waktu berbuka, saya telah bersama-sama duduk bersila dan menikmati juadah yang disediakan oleh penduduk Kampung Tanjung secara gotong-royong, dalam suasana yang cukup mesra.

No comments: