Wednesday, December 21, 2011

Parliament Select Committee - Penang 16th December 2011

Setelah tekanan demi tekanan diberikan oleh rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ( SPR ) tentang urus tadbir dan perjalanan pilihan raya yang pincang di sana sini, akhirnya kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatan kuasa khas bagi mendengar dan mengkaji aduan pelbagai pihak serta cara penambah baikan yang boleh dilakukan bagi menjamin pilihan raya yang bebas dan adil - Free and Fair Election.

The committee is made up of nine Members of Parliament. Representatives of Pakatan Rakyat are YB Azmin Ali ( KEADILAN ), YB Dr Hatta Ramli(PAS ) and YB Anthony Loke (DAP ).

Formatted as a public hearing, I booked my case to be heard on Friday 16th of December 2011 at 10.30am. It was held at Dewan Sri Pinang, Penang.



Below are some of the problems highlighted and suggestions towards a reformed electoral process :



Jawatan Kuasa Pilihan Raya KEADILAN Negeri Perak ingin menarik perhatian pihak Tuan atas beberapa isu yang melibatkan :


1) Undi Pos

2) Belah Bahagi Kawasan

3) Kemaskini Daftar Pemilih

4) Kaedah Pendaftaran Pengundi Baru serta Prosedur Pertukaran Alamat

5) Maklumat Lengkap Pemilih

6) Urus Tadbir Perjalanan Pilihan Raya

___________________________________________________________________


1) UNDI POS

Mengambil contoh DUN Pangkor ( Parlimen Lumut ) sebagai contoh :

- Pada tahun 2009, jumlah keseluruhan pengundi DUN Pangkor adalah 20,933 orang.

- Daripada jumlah tersebut, 10,702 orang adalah Pengundi Pos.

- Ini bermakna, 51% daripada keseluruhan pengundi DUN Pangkor adalah Pengundi Pos.


RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN – SUKU TAHUN KE – 2 ( 2010 )
DUN PANGKOR

- Terdapat penambahan Pengundi Pos seramai 1566 orang.

- Terdapat juga pengurangan Pengundi Pos seramai 110 orang atas sebab kematian, persaraan atau pertukaran tempat mengundi.


RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KE – 3 ( 2010 )
DUN PANGKOR

- Penambahan Pengundi Pos seramai 4097 orang.

- Pengurangan Pengundi Pos pula seramai 81 orang.

- Namun akhirnya yang digazetkan cuma 1996 orang sahaja. Bermakna berlaku pengurangan jumlah sebanyak 2101 orang daripada yang tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih tersebut.


- Ke manakah perginya Pengundi Pos yang telah didaftarkan tetapi tidak digazetkan?

Adakah berlakunya kesilapan secara besar-besaran sewaktu proses pendaftaran?



RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN PERTAMA ( 2011 )
DUN PANGKOR

- Penambahan Pengundi Pos :


1173 merupakan pendaftaran baru.

2593 dipindahkan masuk


- Pengurangan Pengundi Pos pula sebanyak 1445


KESIMPULAN

- Sehingga kini, Pengundi Pos mewakili hampir 60% keseluruhan pengundi DUN Pangkor. Adakah wujud satu had maksimum bagi peratusan pengundi Pos bagi satu-satu DUN atau Parlimen?


- Ketetapan bagi anggota tentera atau polis adalah untuk menjadi pengundi di tempat mereka berkhidmat. Namun apakan rasionalnya bagi isteri tentera untuk menjadi pengundi di tempat suami mereka berkhidmat ?

Isteri anggota tentera adalah pemegang kad pengenalan orang awam. Apabila mereka juga dberi tekanan untuk menjadi pengundi Pos, mereka perlu mengundi bagi DUN dan Parlimen suami mereka bertugas. Sedangkan alamat yang tertera di kad pengenalan mereka sudah hampir pasti bukan di kawasan tersebut.

Kebanyakan isteri anggota tentera tidak mengetahui tentang hak mereka memilih untuk menjadi pengundi awam.


- Apakah S.O.P yang digunakan bagi memastikan kesanggupan isteri tentera menukar status kepada pengundi Pos?


- Bagi tentera yang masih berstatus pelatih, mereka tidak harus didaftarkan sebagai pemilih tentera.

Buat masa ini, pelatih tentera yang didaftarkan adalah mengikut alamat kem latihan mereka. Setelah tamat kursus ( 6 bulan ) sudah pasti anggota tersebut ditugaskan ke tempat lain.

Ada risiko juga bagi pelatih yang didaftarkan sebagai pengundi tentera namun gagal menamatkan latihan tersebut, maka tidak layak bergelar anggota tentera.


- Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) tidak dapat menyemak penukaran alamat / kem pengundi tentera.

Segala maklumat biasanya dipegang oleh Pegawai Penyelaras ( PP tentera/polis )


- Pada setiap kali pilihan raya, pengundi tentera dan polis yang tidak keluar mengundi hampir separuh daripada keseluruhan pengundi Pos.

PP memegang senarai anggota polis atau tentera yang tidak akan keluar mengundi disebabkan bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara.

Mohon wakil daripada Parti bertanding dibekalkan dengan senarai lengkap anggota yang tidak akan keluar mengundi.


CADANGAN


- Paparkan nombor kad pengenalan awam pengundi tentera bagi tujuan semakan

- Isteri tentera tidak boleh diberikan tekanan untuk menjadi pengundi Pos

- Bagi pengundi tentera, borang identiti mesti diasingkan daripada kertas undi

- Jalankan proses mengundi awal bagi pengundi tentera dan polis, termasuk juga para petugas pilihan raya

- Pekerja / pelajar yang berada di luar negara harus dibenarkan untuk menjadi pengundi Pos


MEREFORMASIKAN PROSES MENGUNDI BAGI TENTERA / POLIS

Pakatan Rakyat secara tegas menolak sistem undi pos yang dikenakan terhadap anggota tentera dan polis yang tinggal di dalam kem.

Mereka sebagai rakyat Malaysia harus diberikan hak untuk menentukan kerajaan yang mereka mahukan tanpa wujud sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Cadangan untuk mewujudkan proses mengundi awal bagi anggota tentera, polis dan petugas SPR.

Bagi tujuan keselamatan, hari mengundi bagi pengundi awal boleh dilanjutkan selama 2 atau 3 hari.

Proses bagi pengundian awal mesti mengikut proses biasa bagi pengundi awam.

Bagi anggota tentera dan polis, proses mengundi mesti dijalankan di luar kem tentera bagi mengelakkan tekanan terhadap anggota. Ianya boleh dijalankan di dewan orang ramai atau sekolah.

Pegawai-pegawai tentera dan polis juga tidak boleh dibenarkan untuk memantau di dalam bilik mengundi atas alasan yang sama. Segala proses mengundi mesti dijalankan oleh para petugas SPR sahaja.

Maklumat lengkap para petugas SPR yang mengundi awal perlu diberikan kepada wakil Parti politik yang bertanding.


2) BELAH BAHAGI ( jenis V a bagi membetulkan kedudukan lokaliti berdasarkan kedudukan sebenar pemilih di kawasan )


Mengambil contoh Taman Lapangan Ria ( dalam negeri Perak )

1999 - di bawah DUN Sungai Rapat / Parlimen Gopeng

2004 hingga 2008 - di bawah DUN Pasir Pinji / Parlimen Ipoh Timur

2009 hingga kini - di bawah DUN Sungai Rapat / Parlimen Gopeng


Persoalan :

Adakah Taman Lapangan Ria tersalah letak buat kali kedua ? Ataupun ada tujuan politik disebalik kaedah belah bahagi tersebut ?



3) KEMASKINI DAFTAR PEMILIH

Mengambil contoh pengundi yang telah lama meninggal dunia.

NAZMI BINTI HARUN
DUN KENERING
131 TAHUN

- Terdapat seramai 1314 pengundi di Perak yang berusia melebihi 100 tahun.

- Pada tahun 2011, senarai nama pengundi ragu telah dibersihkan.


KESIMPULAN


- Senarai Daftar Pemilih memang dapat dibersihkan dengan kerjasama pihak Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) dan lain-lain pihak berkenaan.


CADANGAN


- Pihak SPR perlu kemaskini data pengundi dari semasa ke semasa.


4) KAEDAH PENDAFTARAN PENGUNDI BARU SERTA PROSEDUR
PERTUKARAN ALAMAT


- Bermula 1 November 2011, setiap pendaftaran baru yang dibuat oleh Penolong Pendaftar SPR perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan.

Prosedur baru ini menyusahkan dan membantutkan kempen pendaftaran pengundi baru. Sedangkan mengikut kaedah lama, pihak SPR dapat menyemak maklumat pengundi melalui ‘database’ JPN.

- Penolong Pendaftar SPR lantikan parti politik dan badan bukan kerajaan ( NGO )
tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran alamat pengundi sedia ada.

Akan tetapi Penolong Pendaftar bagi pihak tentera / polis boleh berbuat demikian.

- Prosedur pertukaran alamat mengundi juga rumit dan mengambil masa yang panjang.

- Penolong pendaftar atau individu yang mendaftar sebagai pengundi, tidak dimaklumkan jika pendaftaran tersebut di tolak.


CADANGAN


- Hapuskan prosedur daftar pengundi baru yang memerlukan salinan kad pengenalan.

- Wujudkan sistem secara ‘online’ pertukaran alamat mengundi mengikut rekod JPN.

- Pihak SPR perlu memaklumkan sekurang-kurangnya kepada Penolong Pendaftar sekiranya borang pendaftaran pemilih baru yang mereka daftarkan, ditolak. Nyatakan alasannya sekali.


5) MAKLUMAT LENGKAP PEMILIH

- SPR mempunyai maklumat lengkap mengenai setiap pemilih berdaftar mengikut komposisi kaum, status pengundi pos / awam serta alamat kediaman yang lengkap.

Akan tetapi senarai Daftar Pemilih yang dibekalkan kepada parti politik yang sah berdaftar, tidak lengkap.


CADANGAN

Wujudkan sistem ‘upgrade’ bagi mereka yang telah membeli DPI ( Daftar Pemilih Induk ) supaya boleh ditambah atau ditolak maklumat pengundi pada ‘database’ bagi setiap suku tahun.


6) URUS TADBIR PERJALANAN PILIHAN RAYA

- Pihak SPR yang memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya perlu bersikap professional dan tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana parti politik yang bertanding.

Pelbagai aduan daripada pihak petugas mewakili Pakatan Rakyat ekoran daripada sikap Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) yang dilihat sangat cenderung kepada UMNO Barisan Nasional.

KTM seringkali enggan menandatangani Borang 13 ( Lampiran 5 ) dan Borang 14 ( Lampiran 7 ) milik wakil Parti bertanding selain Barisan Nasional.

Keperluan untuk pengesahan KTM bagi Borang 13 dan Borang 14, sekiranya timbul sebarang pertelingkahan mengenai kuantiti kertas undi dan jumlah undi diperolehi calon-calon bertanding.


- Hentikan modus operandi ‘ Menutup Lampu pada saat-saat Kritikal ‘

Modus operandi ini telah digunakan berkali-kali.

Pada Pilihan Raya ke-12 tahun 2008, lampu telah dipadamkan di pusat pengiraan undi kawasan Gopeng, sewaktu mengira undi bagi DUN Teja.

Lampu turut di padamkan sewaktu pengiraan undi Parlimen Lumut pada malam yang sama.

1 comment:

Benny Chee said...

不负责任司机上放学时候冒险在深斋独中前面U转,严重威胁上下来往车辆。请求帮忙反映,谢谢