Saturday, January 16, 2010

Political Breakfast - Kg Sengat 16 Jan 2010

Apa itu 'political breakfast'?
Ianya satu acara santai, bersarapan dengan penduduk atau wakil-wakil penduduk dalam kawasan DUN Simpang Pulai. Sebenarnya, program santai ini telah dimulakan pada tahun lalu. Ianya memberi peluang kepada saya dan penduduk untuk duduk berbual dan berbincang dengan gaya yang tidak formal.

Kami dapat berbincang mengenai permasalahan kawasan, persoalan politik juga hal-hal lain dalam kumpulan yang lebih kecil. Maka ianya memberikan lebih ruang untuk bersuara dan menyatakan pendapat.

Sambutan daripada penduduk Kg Sengat amat baik. Semoga ianya memberikan kesan positif dalam mewujudkan hubungan 2 hala yang lebih berkesan.

Makanan di gerai tersebut juga sedap



Peluang berinteraksi secara santai dengan masyarakat



Dr Lee kelihatan serius

2 comments:

Anonymous said...

salamat..menarik aktiviti political breakfirst..kat kawasan saya tak pasti wujud tak mcm nie..
jika ada peringkat muslimat kawasan lagi best...
trutama masa cuti semester///

kasihkirana said...

ooo i see that u called political breakfast...by the way that a good activity YB, keep it up, rakyat will love to see young people like u being friendly with them...seems like u enjoyed too~~sambil meet them perut u pun kenyang..hehehe ok what...