Monday, March 22, 2010

Perjumpaan & Perbincangan dengan Penjaja Pasar Gunung Rapat. - 18 Mac 2010

Acara dimulakan tepat jam 2 petang. Dewan penuh sesak sehingga ada yang terpaksa berdiri. Malangnya, Datuk Bandar atau pun wakilnya, gagal hadir.

Pemberita daripada akhbar-akhbar bahasa Cina memberikan kerjasama yang cukup baik.

Berikut adalah artikel yang tidak diedit dihantar kepada Sinar Harian.
__________________________________________________________________________________

Perbincangan tentang isu perobohan dan pembinaan semula pasar Gunung Rapat yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai Chan Ming Kai, mendapat sambutan hangat daripada para penjaja dan penduduk setempat.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye telah turut hadir untuk berdialog dengan para penjaja.

Menurut Ming Kai, "Pertemuan ini diadakan bagi mendengar sendiri keluhan hati para penjaja terutamanya. Ketidak puasan hati dengan projek pembinaan pasar baru dan bantahan mereka terhadap cadangan lokasi penempatan sementara."

Cadangan untuk membina semula pasar Gunung Rapat yang mula tercetus tahun lalu telah mendapat bantahan majoriti penjaja di pasar tersebut. Rata-rata mereka merasakan tidak ada keperluan mendesak untuk dibina semula pasar Gunung Rapat, memadai dengan penambah baikan sahaja.

Lokasi penempatan sementara yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan adalah di belakang deretan gerai limau tambun, Jalan Raja Dr Nazrin Shah (Jalan Gopeng), iaitu berhadapan dengan tokong Cina, Sam Poh Tong.

Salah seorang penjaja yang ditemui, Haji Mat Razali bin Abdul Rahman, 41 tahun berkata, "Adalah lebih baik dibuat kerja-kerja penambah baikan sahaja kepada pasar sedia ada. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat supaya para penjaja tidak perlu berpindah jauh,"

"Kebanyakan pelanggan kami menyatakan tidak sanggup pergi ke lokasi penempatan sementara yang dicadangkan sebaliknya akan mula berbelanja di pasar-pasar malam. Ini sudah semestinya akan menjejaskan pendapatan para penjaja," tegas Haji Mat Razali lagi.

Seramai 121 orang penjaja daripada 174 orang telah hadir pada pertemuan tersebut. Mereka telah bersetuju memilih 4 orang wakil daripada kalangan mereka untuk berbincang dengan pihak berkuasa tempatan.

"Saya akan berusaha mengaturkan pertemuan di antara wakil-wakil penjaja dan saya sendiri dengan Datuk Bandar Ipoh dalam waktu terdekat. Semoga perbincangan dan komunikasi 2 hala akan membuahkan satu keputusan yang dapat diterima kedua-dua pihak,"

"Syabas saya ucapkan kepada para penjaja kerana perbincangan berjalan lancar dan dalam suasana kekeluargaan. Kebanyakan penjaja telah berpuluh tahun berniaga di pasar Gunung Rapat dan suara mereka wajib didengari," ujar Ming Kai lagi.
__________________________________________________________________________________

Yang hadir pada petang itu



Dr Lee membuka majlis pada petang itu. Turut hadir, Ketua Wanita KEADILAN Perak, Puan Fathmawaty Salim



Saya memberi serba sedikit penerangan tentang pelan baru yang dicadangkan



Ambil peluang menyatakan pendapat



Haji Mat Razali, salah seorang penjaja menyatakan pendapat beliau yang menerima tepukan gemuruh



Penjaja meneliti pelan baru pasar



Berbincang dengan wakil-wakil penjaja

No comments: