Friday, March 5, 2010

Spesis Katak Jadian



Ada satu istilah yang cukup popular dewasa ini - ' Katak '. Ianya merujuk kepada wakil rakyat yang dipilih rakyat melalui pilihanraya yang sah yang mewakili parti-parti tertentu, akhirnya melangkah keluar parti.

Bukan melangkah sebenarnya, melompat.

Malangnya, majoriti yang melompat adalah daripada parti saya sendiri, Parti KEADILAN Rakyat.

Mungkin juga terbeban dengan nama parti, tidak mampu ditanggung bahu, tidak mampu berlaku adil, maka melompatlah!

Persepsi - Lompatan maut adalah hasil konspirasi UMNO BN.

Sekiranya ia satu konspirasi, apakah tujuannya? Supaya KEADILAN dilihat lemah, hampir berpecah dan akan terkubur pada Pilihan Raya Umumm (PRU) akan datang?

Selepas PRU ke-11 pada tahun 2004, yang melihatkan KEADILAN cuma menang 1 kerusi sahaja iaitu Permatang Pauh, dimenangi oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berbondong-bondong keluar meninggalkan parti.

Ramai yang bercakap sinis mengatakan KEADILAN akan terkubur selepas PRU 2008.

Kemudiannya, apakah yang terjadi.

Saya menyeru kepada ahli dan pendukung KEADILAN supaya jangan cepat melatah. Janganlah kita termasuk dalam perangkap yang dicipta musuh lalu mula menyalahkan kepimpinan sendiri.

Kepada rakan komponen PR, ujian sebegini adalah untuk kita lebih merapatkan lagi persaudaraan sesama kita. Jangan kita salah menyalah dan memandang serong antara satu sama lain. Kerana inilah yang puak lawan inginkan.

Jangan kita menghabiskan masa dengan merasa kesal atas katak2 yang telah pergi meninggalkan kita. Sebaliknya kita perlu kerja lebih keras lagi.

Cara yang paling baik menangani kemusnahan adalah dengan membina tembok-tembok kekuatan.

Mereka curi 3 Ahli Parlimen kita, kita tambahkan 3000 ahli parti kita.

Mereka tarik 10 Ahli Parlimen kita, kita tarik sokongan ratusan ribu pengundi seluruh negara supaya mereka tak mampu lagi mengangkat muka pada pilihan raya akan datang!

Kepada UMNO Barisan Nasional - kami yang memilih untuk berjuang di landasan Pakatan Rakyat, sedia maklum akan segala risiko dan taktik keji kamu.

Yakinlah, sekuat mana tekanan kamu terhadap kami, kami lebih kuat lagi.

Bergembiralah kamu dengan katak-katak yang melompat. Your days are numbered.

No comments: