Tuesday, August 24, 2010

Program Ramadhan - Edar Bubur Lambuk 21 Ogos 2010



Salam Ramadhan Al Mubarak bagi seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sibuk bagi saya. Selain memenuhi undangan berbuka puasa di surau-surau dan kediaman kawan-kawan yang beragama Islam, pada tahun ini saya mengambil peluang untuk mendengar tazkirah yang disampaikan selepas selesai solat sunat Terawikh.

Walaupun tidak dapat memahami dengan penuh isi kandungan tazkirah berkenaan, masih juga saya dapat menimba ilmu sedikit.

Di sebuah surau yang saya pergi, para jemaah bersalaman sambil berselawat setelah selesai tazkirah dan ini cukup menarik.

Tahun ini saya turut serta dalam program anjuran Wanita KEADILAN Gopeng untuk mengedarkan bubur lambuk. Kami mengagih-agihkan bubur tersebut kepada qariah Surau Zaidunniah, Kg Simpang Pulai.


Menyusun bubur dalam bekas. Panas.


Iza Suraiya, Sekretariat DUN Simpang Pulai yang sentiasa ceria


Wanita KEADILAN Gopeng berbincang apa ye, sebelum mula mengedar


Bersama Ketua Kampung PR, Kg Simpang Pulai - Bob



“ Untuk memahami adab resam, budaya dan agama masyarakat berbilang bangsa tidak cukup dengan pembacaan semata-mata. Malah kita perlu turut serta selagi tidak menyalahi dan menyentuh sensitiviti penganut agama tersebut.”



“ Saya difahamkan bukan Islam boleh hadir ke masjid dan surau dengan syarat berpakaian sopan dan tidak menimbulkan kacau ganggu. Setakat ini saya diterima dengan baik. “




Pak Imam surau


Senyuman persaudaraan daripada qariah surau

Hidup bersama dalam negara seperti Malaysia perlu kepada kefahaman terhadap pelbagai anutan dan budaya masyarakatnya. Usaha merapatkan diri dengan masyarakat adalah sebahagian daripada tanggung jawab sebagai wakil rakyat.

Maka bentuk pendekatan sebegini akan saya teruskan supaya saya dapat menjadi pemimpin masyarakat yang lebih efektif.

Sesuai dengan Ramadhan yang penuh keberkatan, maka seeloknya kita rapatkan hubungan kemanusiaan dan sentiasalah berbaik sangka.

2 comments:

asalbayu said...

Sebagai mkluman YB, Sdr Lim Jooi Soon yang berasal dari Melaka telah memeluk Islam tetapi beliau berjaya mempertahankan nama asalnya agar tidak ditukar, sebaliknya dikekalkan terus. Beliau telah berdebat dengan Mufti selama 5 tahun berkaitan dengan perkara tersebut. Berkaitan dengan pakaian pula, beliau pernah dihalang untuk memasuki masjid bagai menunaikan solat semata-mata kerana tidak mengenakan pakaian yang lazimnya dikenakan oleh umat Islam untuk menunaiakan solat tetapi pakaiannya ketika itu menutup aurat serta suci. Sdr Lim pada masa ini adalah seorang pendakwah bebas. YB boleh mendapatkan maklumat beliau melalui internet dengan mencarinya dengan menggunakan search engine. Saya berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada YB untuk menganut Islam pada suatu hari kelak.

kelisa_samudera said...

baru pertama kali masuk blog YB. terima kasih atas kad raya yg YB beri.