Wednesday, December 21, 2011

Parliament Select Committee - Penang 16th December 2011

Setelah tekanan demi tekanan diberikan oleh rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ( SPR ) tentang urus tadbir dan perjalanan pilihan raya yang pincang di sana sini, akhirnya kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatan kuasa khas bagi mendengar dan mengkaji aduan pelbagai pihak serta cara penambah baikan yang boleh dilakukan bagi menjamin pilihan raya yang bebas dan adil - Free and Fair Election.

The committee is made up of nine Members of Parliament. Representatives of Pakatan Rakyat are YB Azmin Ali ( KEADILAN ), YB Dr Hatta Ramli(PAS ) and YB Anthony Loke (DAP ).

Formatted as a public hearing, I booked my case to be heard on Friday 16th of December 2011 at 10.30am. It was held at Dewan Sri Pinang, Penang.



Below are some of the problems highlighted and suggestions towards a reformed electoral process :



Jawatan Kuasa Pilihan Raya KEADILAN Negeri Perak ingin menarik perhatian pihak Tuan atas beberapa isu yang melibatkan :


1) Undi Pos

2) Belah Bahagi Kawasan

3) Kemaskini Daftar Pemilih

4) Kaedah Pendaftaran Pengundi Baru serta Prosedur Pertukaran Alamat

5) Maklumat Lengkap Pemilih

6) Urus Tadbir Perjalanan Pilihan Raya

___________________________________________________________________


1) UNDI POS

Mengambil contoh DUN Pangkor ( Parlimen Lumut ) sebagai contoh :

- Pada tahun 2009, jumlah keseluruhan pengundi DUN Pangkor adalah 20,933 orang.

- Daripada jumlah tersebut, 10,702 orang adalah Pengundi Pos.

- Ini bermakna, 51% daripada keseluruhan pengundi DUN Pangkor adalah Pengundi Pos.


RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN – SUKU TAHUN KE – 2 ( 2010 )
DUN PANGKOR

- Terdapat penambahan Pengundi Pos seramai 1566 orang.

- Terdapat juga pengurangan Pengundi Pos seramai 110 orang atas sebab kematian, persaraan atau pertukaran tempat mengundi.


RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KE – 3 ( 2010 )
DUN PANGKOR

- Penambahan Pengundi Pos seramai 4097 orang.

- Pengurangan Pengundi Pos pula seramai 81 orang.

- Namun akhirnya yang digazetkan cuma 1996 orang sahaja. Bermakna berlaku pengurangan jumlah sebanyak 2101 orang daripada yang tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih tersebut.


- Ke manakah perginya Pengundi Pos yang telah didaftarkan tetapi tidak digazetkan?

Adakah berlakunya kesilapan secara besar-besaran sewaktu proses pendaftaran?



RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN PERTAMA ( 2011 )
DUN PANGKOR

- Penambahan Pengundi Pos :


1173 merupakan pendaftaran baru.

2593 dipindahkan masuk


- Pengurangan Pengundi Pos pula sebanyak 1445


KESIMPULAN

- Sehingga kini, Pengundi Pos mewakili hampir 60% keseluruhan pengundi DUN Pangkor. Adakah wujud satu had maksimum bagi peratusan pengundi Pos bagi satu-satu DUN atau Parlimen?


- Ketetapan bagi anggota tentera atau polis adalah untuk menjadi pengundi di tempat mereka berkhidmat. Namun apakan rasionalnya bagi isteri tentera untuk menjadi pengundi di tempat suami mereka berkhidmat ?

Isteri anggota tentera adalah pemegang kad pengenalan orang awam. Apabila mereka juga dberi tekanan untuk menjadi pengundi Pos, mereka perlu mengundi bagi DUN dan Parlimen suami mereka bertugas. Sedangkan alamat yang tertera di kad pengenalan mereka sudah hampir pasti bukan di kawasan tersebut.

Kebanyakan isteri anggota tentera tidak mengetahui tentang hak mereka memilih untuk menjadi pengundi awam.


- Apakah S.O.P yang digunakan bagi memastikan kesanggupan isteri tentera menukar status kepada pengundi Pos?


- Bagi tentera yang masih berstatus pelatih, mereka tidak harus didaftarkan sebagai pemilih tentera.

Buat masa ini, pelatih tentera yang didaftarkan adalah mengikut alamat kem latihan mereka. Setelah tamat kursus ( 6 bulan ) sudah pasti anggota tersebut ditugaskan ke tempat lain.

Ada risiko juga bagi pelatih yang didaftarkan sebagai pengundi tentera namun gagal menamatkan latihan tersebut, maka tidak layak bergelar anggota tentera.


- Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) tidak dapat menyemak penukaran alamat / kem pengundi tentera.

Segala maklumat biasanya dipegang oleh Pegawai Penyelaras ( PP tentera/polis )


- Pada setiap kali pilihan raya, pengundi tentera dan polis yang tidak keluar mengundi hampir separuh daripada keseluruhan pengundi Pos.

PP memegang senarai anggota polis atau tentera yang tidak akan keluar mengundi disebabkan bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara.

Mohon wakil daripada Parti bertanding dibekalkan dengan senarai lengkap anggota yang tidak akan keluar mengundi.


CADANGAN


- Paparkan nombor kad pengenalan awam pengundi tentera bagi tujuan semakan

- Isteri tentera tidak boleh diberikan tekanan untuk menjadi pengundi Pos

- Bagi pengundi tentera, borang identiti mesti diasingkan daripada kertas undi

- Jalankan proses mengundi awal bagi pengundi tentera dan polis, termasuk juga para petugas pilihan raya

- Pekerja / pelajar yang berada di luar negara harus dibenarkan untuk menjadi pengundi Pos


MEREFORMASIKAN PROSES MENGUNDI BAGI TENTERA / POLIS

Pakatan Rakyat secara tegas menolak sistem undi pos yang dikenakan terhadap anggota tentera dan polis yang tinggal di dalam kem.

Mereka sebagai rakyat Malaysia harus diberikan hak untuk menentukan kerajaan yang mereka mahukan tanpa wujud sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Cadangan untuk mewujudkan proses mengundi awal bagi anggota tentera, polis dan petugas SPR.

Bagi tujuan keselamatan, hari mengundi bagi pengundi awal boleh dilanjutkan selama 2 atau 3 hari.

Proses bagi pengundian awal mesti mengikut proses biasa bagi pengundi awam.

Bagi anggota tentera dan polis, proses mengundi mesti dijalankan di luar kem tentera bagi mengelakkan tekanan terhadap anggota. Ianya boleh dijalankan di dewan orang ramai atau sekolah.

Pegawai-pegawai tentera dan polis juga tidak boleh dibenarkan untuk memantau di dalam bilik mengundi atas alasan yang sama. Segala proses mengundi mesti dijalankan oleh para petugas SPR sahaja.

Maklumat lengkap para petugas SPR yang mengundi awal perlu diberikan kepada wakil Parti politik yang bertanding.


2) BELAH BAHAGI ( jenis V a bagi membetulkan kedudukan lokaliti berdasarkan kedudukan sebenar pemilih di kawasan )


Mengambil contoh Taman Lapangan Ria ( dalam negeri Perak )

1999 - di bawah DUN Sungai Rapat / Parlimen Gopeng

2004 hingga 2008 - di bawah DUN Pasir Pinji / Parlimen Ipoh Timur

2009 hingga kini - di bawah DUN Sungai Rapat / Parlimen Gopeng


Persoalan :

Adakah Taman Lapangan Ria tersalah letak buat kali kedua ? Ataupun ada tujuan politik disebalik kaedah belah bahagi tersebut ?



3) KEMASKINI DAFTAR PEMILIH

Mengambil contoh pengundi yang telah lama meninggal dunia.

NAZMI BINTI HARUN
DUN KENERING
131 TAHUN

- Terdapat seramai 1314 pengundi di Perak yang berusia melebihi 100 tahun.

- Pada tahun 2011, senarai nama pengundi ragu telah dibersihkan.


KESIMPULAN


- Senarai Daftar Pemilih memang dapat dibersihkan dengan kerjasama pihak Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) dan lain-lain pihak berkenaan.


CADANGAN


- Pihak SPR perlu kemaskini data pengundi dari semasa ke semasa.


4) KAEDAH PENDAFTARAN PENGUNDI BARU SERTA PROSEDUR
PERTUKARAN ALAMAT


- Bermula 1 November 2011, setiap pendaftaran baru yang dibuat oleh Penolong Pendaftar SPR perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan.

Prosedur baru ini menyusahkan dan membantutkan kempen pendaftaran pengundi baru. Sedangkan mengikut kaedah lama, pihak SPR dapat menyemak maklumat pengundi melalui ‘database’ JPN.

- Penolong Pendaftar SPR lantikan parti politik dan badan bukan kerajaan ( NGO )
tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran alamat pengundi sedia ada.

Akan tetapi Penolong Pendaftar bagi pihak tentera / polis boleh berbuat demikian.

- Prosedur pertukaran alamat mengundi juga rumit dan mengambil masa yang panjang.

- Penolong pendaftar atau individu yang mendaftar sebagai pengundi, tidak dimaklumkan jika pendaftaran tersebut di tolak.


CADANGAN


- Hapuskan prosedur daftar pengundi baru yang memerlukan salinan kad pengenalan.

- Wujudkan sistem secara ‘online’ pertukaran alamat mengundi mengikut rekod JPN.

- Pihak SPR perlu memaklumkan sekurang-kurangnya kepada Penolong Pendaftar sekiranya borang pendaftaran pemilih baru yang mereka daftarkan, ditolak. Nyatakan alasannya sekali.


5) MAKLUMAT LENGKAP PEMILIH

- SPR mempunyai maklumat lengkap mengenai setiap pemilih berdaftar mengikut komposisi kaum, status pengundi pos / awam serta alamat kediaman yang lengkap.

Akan tetapi senarai Daftar Pemilih yang dibekalkan kepada parti politik yang sah berdaftar, tidak lengkap.


CADANGAN

Wujudkan sistem ‘upgrade’ bagi mereka yang telah membeli DPI ( Daftar Pemilih Induk ) supaya boleh ditambah atau ditolak maklumat pengundi pada ‘database’ bagi setiap suku tahun.


6) URUS TADBIR PERJALANAN PILIHAN RAYA

- Pihak SPR yang memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya perlu bersikap professional dan tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana parti politik yang bertanding.

Pelbagai aduan daripada pihak petugas mewakili Pakatan Rakyat ekoran daripada sikap Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) yang dilihat sangat cenderung kepada UMNO Barisan Nasional.

KTM seringkali enggan menandatangani Borang 13 ( Lampiran 5 ) dan Borang 14 ( Lampiran 7 ) milik wakil Parti bertanding selain Barisan Nasional.

Keperluan untuk pengesahan KTM bagi Borang 13 dan Borang 14, sekiranya timbul sebarang pertelingkahan mengenai kuantiti kertas undi dan jumlah undi diperolehi calon-calon bertanding.


- Hentikan modus operandi ‘ Menutup Lampu pada saat-saat Kritikal ‘

Modus operandi ini telah digunakan berkali-kali.

Pada Pilihan Raya ke-12 tahun 2008, lampu telah dipadamkan di pusat pengiraan undi kawasan Gopeng, sewaktu mengira undi bagi DUN Teja.

Lampu turut di padamkan sewaktu pengiraan undi Parlimen Lumut pada malam yang sama.

Thursday, August 4, 2011

Jelajah Ramadhan bersama Team WAJAH Gopeng - 27 Julai - 2 Ogos 2011

Jelajah Ramadhan bersama Team WAJAH, iaitu singkatan daripada Wanita KEADILAN Jelajah kampung.

Kami mengira inilah waktu yang terbaik untuk mendekati para penduduk dalam kawasan DUN Simpang Pulai. Sesuai dengan objektif WAJAH yang ingin mendekati penduduk yang dirasakan tidak mempunyai kemudahan internet dan sumber maklumat alternatif selain daripada media arus perdana, kami mensasarkan siri jelajah ini ke kampung-kampung dan kawasan perumahan kos rendah dan sederhana.

Siri jelajah ini disertai Team WAJAH Gopeng - Puan Fathmawaty Salim (Naib Ketua Gopeng) Puan Asma Mahidin (Ketua Wanita Gopeng), ahli jawatan kuasa wanita yang lain - Sdri Azlina, Sdri Iza Suraiya serta jawatan kuasa Cabang - Sdr Megat Ikmal, Sdr Selvam Kunjambu, Sdr Shawarudin dan Sdr Johar.


Sumbangan yang amat kecil, namun diterima dengan segala besar hati oleh mereka yang memerlukannya.



Jelajah kami ke Kg Tanjung disertai Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.



Mengusik penduduk kecil Kg Tanjung



Bertanyakan khabar peniaga di situ - Saudara Muhammad



28 Julai 2011 - kami menjelajah ke kampung Sengat. Sempat bergamabr bersama.

Dari kiri - Tn Haji Zainudin Ketua Kampung PR Kg Sengat, Iza Zainudin, Hajjah Asma Ketau Wanita Gopeng, saya sendiri dan Puan Hajjah Fathmawaty Salim Ketua wanira Perak.

Kami ambil kesempatan menziarahi ibu tua ini yang baru sahaja kematian suami tercinta. Ibu tua ini nyata amat sedih untuk menyambut kedatangan Ramadhan tanpa suami di sisi.



Bersalaman dengan warga emas Kg Sengat seraya mengucapkan "Selamat Berpuasa"



Bersama Team WAJAH Gopeng menyusuri kampung


Sedikit sumbangan diberikan buat ibu tua ini.



Selalu kami terjumpa reaksi kaget para penduduk dengan kehadiran saya secara tiba-tiba di depan pagar rumah mereka.

Mulanya agak terkejut.


Kemudiannya tersenyum girang!


Siri Jelajah kami ke Taman Bersatu pada 28 Julai menemukan kami dengan Encik Kamarzaman yang hilang kedua belah kakinya akibat penyakit kencing manis. Pihak kami telah menyerahkan serba sedikit keperluan makanan bagi meringankan sedikit kesempitan hidup keluarga ini.


Wajah pakcik ini nampak cukup tersentuh


Kami ke Taman Muda pada hari ke-2 Ramadhan. Walaupun sedang berpuasa, Team Gopeng tetap bersemangat.

Di Taman Muda kami bertemu dengan wanita-wanitanya yang cukup peramah. Kami juga ketemu dengan kmpulan tadarus wanita, dan kami berjanji akan kembali lagi untuk mengedarkan bubur lambuk.







Moga kehadiran saya bersama Team WAJAH ( Wanita KEADILAN Jelajah Kampung ) dapat merapatkan lagi hubungan kami dengan penduduk dalam kawasan DUN Smpang Pulai

Tuesday, May 31, 2011

KEADILAN Simpang Pulai Sudah Bersedia

Ya, memang kami sudah membuat persiapan. Namun masih memerlukan sukarelawan dan sumbangan dalam bentuk kewangan. Sudah sampai masanya setiap rakyat Malaysia yang prihatin dan mahukan perubahan, bangun menuntut perubahan itu.

Memastikan undi kita adalah untuk calon-calon Pakatan Rakyat, mungkin sahaja belum mencukupi. Memastikan undi-undi ibu, ayah, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan tetangga juga untuk Pakatan Rakyat, mungkin mencukupi. Namun kemungkinan juga belum.

Barisan Nasional yang terdesak pasti akan melakukan sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa. Tidak cukup dengan imbuhan, pujukan dan ugutan, malah dengan penipuan.

Oleh itu jentera kita perlu kukuh, bersedia, berilmu, mempunyai jati diri yang kuat. Kita perlu bilangan yang ramai.....

Kami amat mengalu-alukan sukarelawan yang ikhlas untuk berjuang demi masa depan yang lebih baik. Sila hubungi saya secara e-mail dengan butiran peribadi - chanmingkai80@gmail.com atau vitalsyllabus@yahoo.com




Keratan Sinar Harian - 31 Mei
2011

Parti KEADILAN Rakyat Simpang Pulai bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka berlaku pasa bila-bila masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, tidak dinafikan bahang PRU 13 semakin terasa malah petanda demi petanda dapat dilihat jelas oleh pemerhati politik.

Menurutnya, jentera telah membuat persediaan bagi membantu gerak kerja pilihan raya Pakatan Rakyat semenjak berlakunya insiden rampasan kuasa di Perak Februari 2009 lalu.

'Di Malaysia, kita tidak diberitahu awal akan tarikh pilihan raya bahkan boleh berlaku bila-bila sahaja dengan pembubaran Parlimen, kerana itu aktivis politik perlu dalam keadaan bersiap sedia.

"Kita melihat dengan pelbagai isu dan petunjuk, ramai yang meramalkan ianya bakal diadakan tahun ini, bahkan pimpinan tertinggi parti politik pemerintah juga telah menyeru ahli partinya bersiap sedia,' katanya kepada Sinar Harian.

Ming Kai yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Parti KEADILAN Rakyat Perak berkata, pihaknya kini giat memperkemas jawatankuasa pilihan raya KEADILAN bagi seluruh negeri.

Kata beliau, pihaknya akur mempunyai sumber kewangan yang agak terhad, maka sumber kekuatan tenaga kerja manusia sangat diperlukan dengan sokongan kecanggihan teknologi masa kini.

"Maka harap penyokong dapat membantu dengan mendaftarkan diri sebagai sukarelawan pilihan raya. Sudah sampai masanya mereka yang bersemangat tetapi masih di pinggiran tampil memainkan peranan lebih proaktif," katanya.

Ming Kai turut menyarankan ahli parti di semua peringkat dan cabang, khususnya di Perak memperkemas persiapan pilihan raya yang dijangka paling getir.

"Saya meminta kesemua ahli sama ada di peringkat pimpinan tertinggi dan akar umbi dalam PR bersedia dalam semua aspek seolah-olah pilihan raya semakin hampir.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan, boleh lampirkan butiran peribadi ke : chanmingkai80@gmail.com atau vitalsyllabus@yahoo.com.

Wednesday, May 18, 2011

A Squatter's Plight - 12 May 2011





Nasib Si Peneroka Bandar...

Peneroka bandar samada yang berkebun ataupun membina rumah kediaman dipanggil setinggan pada hari ini. Sedangkan ada di antara mereka yang telah berdekad tinggal menetap dan bercucuk tanam di tanah bukan milik mereka. Usaha mereka untuk mendapatkan geran ke atas tanah yang didiami juga seringkali menemui jalan buntu.

Foong Chow Lewong, 58 tahun, telah bertahun-tahun tinggal menetap di kawasan Kg Baru Ampang Bahru, Ipoh. Rumah papan yang beliau bina untuk dijadikan tempat berteduh mereka sekeluarga sudah cukup banyak berjasa.

Namun atas nama pembangunan, jasa dan kenangan yang terpahat pada dinding-dinding rumah ini, terpaksa dirobohkan.


Encik Foong akur pada peredaran zaman. Namun yang dipinta beliau adalah sedikit keadilan.


Bangunan kompleks yang sedang dalam pembinaan, bersetentang dengan rumah Encik Foong.


Memang Encik Foong sekeluarga tidak lagi tinggal di rumah tersebut, namun beliau membela ayam dan ikan hiasan dalam rumah itu bagi menyambung kehidupan beliau.

Kolam-kolam ikan Foong Chow Lewong




Encik Foong juga adalah antara 10 orang setinggan yang telah dibanci oleh Pejabat Tanah Kinta, Ipoh. Tanah tapak rumah mereka telah diberikan kepada Buntong Maju Sdn Bhd yang akhirnya berpindah tangan kepada Wan Holdings Sdn Bhd.

Jumlah RM2500 yang ditawarkan kepada Encik Foong dirasakan terlalu rendah.

Saya sendiri telah berusaha menemui tuanpunya syarikat Wan Holdings Sdn Bhd, Encik Lee Toon Hian dipejabatnya untuk diajak berbincang, setelah beliau tidak melayan panggilan telefon saya. Walaupun berada di pejabat, Lee Toon Hian tetap enggan bertemu dengan saya dan cuma mengarahkan kakitangan beliau berbincang dengan saya. Perbincangan kami menemui jalan buntu. Akhirnya saya mendapat tahu Encik Foong cuma ditawarkan RM1000 sahaja.

Siapakah Lee Toon Hian ini? Beliau adalah pemilik Wan Holdings Sdn Bhd dan merupakan saudara kandung kepada Dato' Francis Lee Yew Hean. Dato' Francis Lee adalah seorang Ahli Majlis dengan Majlis Bandaraya Ipoh dan juga merupakan Pengerusi REHDA - Real Estate and Housing Developers Association Malaysia ( Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia ) cawangan Negeri Perak. Wan Holdings Sdn Bhd dan Buntong Maju Sdn Berhad adalah juga anggota REHDA.


Pada pagi 12 Mei 2011, jentolak dan kakitangan daripada Wan Holdings bersiap sedia untuk merobohkan rumah Encik Foong. Namun niat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran pengamal-pengamal media dan saya sendiri.

Jentolak awal-awal lagi telah sampai. Kelihatan kelibat para pegawai Wan Holdings.


Tapak kawasan rumah setinggan lama yang telah diterangkan.


Encik Foong Chow Lewong sungguhpun tidak berpelajaran tinggi, namun tidak gentar berhadapan dengan jentolak dan peguam yang dihantar Wan Holdings.

Sehingga kini kata sepakat masih tidak didapati. Tetapi kerja-kerja perobohan ditangguhkan buat masa kini.

Media daripada akhbar Bahasa Melayu juga 'concern' atas isu ini.


Menerangkan isu kepada pengamal media.


With Mr Foong Chow Lewong


Does a 'squatter' have any rights? Rights over lands which they have ploughed and toiled for years? Rights over homes they built and lived and brought up their children for decades?

In the name of 'development' can the authorities evict them out of their homes and livelihood without just compensation?

Malaysia is supposed to work towards 'Setinggan Sifar" ( zero squatter ) but that does not mean the government of the day can just bulldoze squatters out of their homes.

The squatters in Kg Baru Ampang Bahru, Ipoh have been around for decades. The piece of land which was once their home was awarded to Buntong Maju Sdn Bhd but later bought over by Wan Holdings Sdn Bhd.

There were 10 squatters initially. 9 have come to an agreed settlement but the amount offered to Mr Foong Chow Lewong 58, was only RM2500. Though Mr Lee no longer stay in the house but he has turned it into a place to generate income. He reared chickens and built fish ponds in the house.

I tried to have meetings with the Director of Wan Holdins Sdn Bhd, Mr Lee Toon Hian after my numerous phone calls went unanswered. But I failed to meet him although he was in his office when I came. Instead I was met by his subordinate who could not make any decisions in this matter.

Later I was informed, Mr Foong was offered only RM1000 with the 'take it or leave it' attitude.

Who is this Lee Toon Hian? He is the brother of Dato' Francis Lee Yew Hean, Majlis Bandaraya Ipoh local councillor. Dato' Francis Lee is also the Perak Branch Chairman of REHDA - Real Estate and Housing Developers Association Malaysia. Wan Holdins Sdn Bhd and Buntong Maju Sdn Bhd are members of this association.

REHDA has its code of ethics, read :

That it shall be known to all men that members of REHDA Malaysia are distinct by their integrity, reliability and fairness, this Code of Ethics shall serve to guide and inspire all developers to faithfully honour as well as observe the principles herein under stated :-

- to be guided at all times in dealings with clients, fellow developers and others by a sense of honour, fairness, propriety and mutual respect; and to strive for excellence in the daily conduct of one's business as well as maintain the dignity of the real estate and housing industry.


Mr Foong Chow Lewong decided that he wasn't going to take the RM1000 offered nor was he going to leave without a fight. And as his State Representative, it is my duty to assist him.


Mr Foong Chow Lewong, being interviewed by the media. Probably the first time in all of his 58 years of life. But this is his fight for justice, for himself and other squatters like him.


Seen here is the lawyer of the developer and policeman from Balai Taman Chempaka. And a couple of members from the Press.



Discussion with the lawyer bore no result. The developer however, withhold all work of demolition for the moment.

Tuesday, February 8, 2011

Janji Jingga Pakatan Rakyat



Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara , ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut :

On 19th Decenber 2010, Pakatan Rakyat held its second national convention in which all three parties adopted a common agenda featuring a 100-day Reform Plan should PR be successful in taking Putrajaya.

Let that be the stepping stone for PR in its endeavour to transform our beloved Malaysia into a truly democratic, fair and wonderful country in which our rights are safeguarded regardless of creed and religion.



1. Mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Reform national institutions of government, such as the Election Commission, the Attorney General's Chambers and the Malaysian Royal Police Force to introduce transparency and restore accountability.







2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Abolish the Internal Security Act.




3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih asset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Direct Khazanah, the EPF and all other government bodies that own highway concessions to complete the transfer of these assets to the government with the purpose of abolishing tolls.


4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 billion kepada penjana bebas ) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Restructure national subsidies by reducing corporate sector subsidies ( such as IPP subsidies ) and transferring these savings toward subsidies for the rakyat.


5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

Recognise the roles and contributions of public servants by re-evaluating salary structures, starting with an increase in teachers' allowances by RM500 per month.


6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

Restore all private water concessions to the government.


7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

Deploy free Wi-Fi internet services to all Malaysians in urban and semi-urban areas.


8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Dissolve Felda and redistribute estate land to the second and third generation of Felda settlers.


9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

Increase oil royalties to Sabah, Sarawak, Terengganu and Kelantan to 20%.


10. Menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan negeri Sabah.

Set up Royal Commission of Inquiry to resolve the problems of illegal immigration and citizenship in Sabah.

Tuesday, February 1, 2011

Diskusi Rakyat Kg Sengat - 20 Januari 2011


Tuan rumah, Tuan Haji Zainudin Mohamad, Ketua Kampung Sengat lantikan Pakatan Rakyat



Dari kanan, moderator program Sdr Megat Ikmal Hisham, panelis Sdr Radhi Zainon




Diskusi Rakyat. Apa itu 'Diskusi Rakyat' ? Pada kata asalnya adalah seperti satu ceramah kelompok. Yakni ia terdiri daripada panel penceramah dan satu kumpulan kecil pendengar ( kurang 50 orang ). Namun bezanya adalah, dalam diskusi rakyat, komunikasi adalah secara 2 hala. Para pendengar juga boleh bertanya dan mengemukakan pandangan mereka.

Dalam Diskusi Rakyat bertempat di kediman Haji Zainudin Mohamad di Kg Sengat, Simpang Pulai, anggaran 30 hadirin telah hadir. Lebih membanggakan kaum wanita telah turut bersama. Kebiasaannya agak sukar bagi wanita yang tidak terlibat secara langsung dengan politik untuk hadir mendengar ceramah pada malam hari. Dan kebanyakan yang hadir adalah pengundi atas pagar, malah ada juga ahli-ahli UMNO.

Nampaknya media arus perdana semakin tidak dipercayai kredibilitinya, maka rakyat mula mencari penerangan tentang isu-isu semasa melalui sumber-sumber lain.

Seperti pepatah Inggeris 'The Boy Who Cried Wolf' merujuk kepada kisah tradisi masyarakat Inggeris tentang seorang budak pengembala kambing yang mengusik orang-orang kampung dengan teriakan "Wolf! Wolf! (serigala)", sedangkan tiada serigala berdekatan. Maka orang kampung datang berbondong-bondong untuk menyelamatkan budak tersebut dan kambing peliharaannya, cuma kemudiannya menyedari bahawa budak itu telah menipu.

Budak gembala kambing mengulang-ulang idea penipuan beliau dan pada suatu hari ternyata benar ada seekor serigala menyerang kambing peliharaannya, orang kampung tidak lagi ambil peduli.



Panelis yang turut hadir pada malam itu selain daripada saya sendiri, adalah YB Dr Lee Boon Chye ( Ahli Parlimen Gopeng ) dan Ustaz Radhi Zainon ( bekas calon DUN Sg Rapat yang juga Timbalan YDP PAS Gopeng )


YB Dr Lee Boon Chye sedang memberi penerangan mengenai Wikileaks, Apco dan isu kenaikan harga barang.


Secara keseluruhannya program tersebut berjalan dengan baik dan lancar walaupun dengan kehadiran tak kurang daripada 4 orang SB ( Special Branch ) yang mengintai dari jauh.

Saturday, January 22, 2011

Perayaan Pupuk Toleransi - lahir sikap hormat kepercayaan agama lain





SIMPANG PULAI - Rakyat di negeri ini perlu saling menghormati perbezaan kepercayaan agama yang ada kerana ia adalah ramuan bagi kehidupan yang harmoni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, toleransi antara kaum dalam negara perlu dipertahankan agar generasi akan datang dapat mewarisi perpaduan hari ini.

Menurutnya, semua rakyat Malaysia perlu memamhami dan mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum di negara ini bagi mencerminkan semangat toleransi dalam erti kata sebenar.

"Sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum perlu dikekalkan agar negara terus menikmati keamanan dan kestabilan, saya yakin dengan penerimaan serta sikap keterbukaan sesama warganegara, kita akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum, sekaligus meningkatkan persefahaman," katanya ketika ditemui dalam majlis perayaan Thaipusam di Kuil Sri Siva Subramaniar di Simpang Pulai, di sini.

Ming kai berkata, perayaan Thaipusam di Malaysia telah menjadi satu acara antarabangsa apabila ia turut menggamit pelancong dari dalam dan luar negara.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, menurut beliau, Parti KEADILAN Rakyat sentiasa menyokong perayaan itu dengan membuka gerai minuman percuma untuk diberikan kepada para pengunjung.

"Pada kesempatan ini kami dapat bertemu dengan rakan, beramah mesra dan saling bertanyakan khabar, malah ada juga yang bertemu untuk mengutarakan pelbagai masalah, jadi kita kira ia adalah medan terbaik untuk berinteraksi dengan masyarakat khususnya daripada kaum Hindu, katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, tradisi memeriahkan perayaan dan meraikan tetamu harus diteruskan selagi tidak melanggar batas sensitiviti kaum dan anutan lain.

Menurutnya, persefahaman yang dipupuk dengan erat dapat mengelak timbulnya isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

"Adalah penting untuk kita pelihara agar generasi akan datang bertambah kuat dalam mengharung dunia yang semakin mencabar," katanya.

Bagi ADUN Teja, Chang Lih Kang pula, teras kepada kekuatan rakyat Malaysia yang majmuk adalah keupayaan rakyat berinteraksi secara harmoni sesama mereka.

"Kami diraikan oleh jawatan kuasa kuil, diberi penghormatan dengan dikalungkan bunga malai, keadaan ini membuatkan kami rasa cukup terharu dan berbesar hati malah dengan jujur dikatakan tidak terasa jurang perbezaan kaum dan kepercayaan," katanya.


- Keratan dari akhbar Sinar Harian edisi Perak 22 Januari 2011