Friday, June 5, 2009
Siri Jelajah ke Kg Sengat
Bersama-sama Ketua Kampung lantikan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Tuan Haji Zainuddin, saya telah pergi dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki.
Ianya memberi peluang saya melihat dengan lebih dekat keadaan infrastuktur kampung tersebut. Permasalahan ketiadaan longkang atau longkang yang tersumbat menjadi antara aduan utama penduduk.
Selain daripada memberi penerangan tentang isu-isu politik semasa di Perak, saya juga sempat bertanyakan khabar para penduduk dan berkenal mesra dengan mereka.
Dalam siri jelajah ke Kampung Sengat juga, saya berkesempatan menziarahi sebuah keluarga yang baru kehilangan orang tersayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment