Monday, December 14, 2009
Banjir kilat perlukan perhatian serius
SIMPANG PULAI -Masalah banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sini, mendapat perhatian serius daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
Ming Kai ketika ditemui berkata, musim tengkujuh yang melanda negara, mengakibatkan kawasan seperti Taman Chandan Desa, Kampung Sengat, Kampung Baru Simpang Pulai dan Ampang, berisiko tinggi untuk dinaiki air.
"Tinjauan saya ke kawasan tersebut mendapati, limpahan air terjadi disebabkan sistem perparitan yang tidak lancar.
"Maka apabila hujan lebat, air yang masuk ke longkang besar bergerak perlahan dan ini menyebabkan takungan dan natijahnya, berlakulah banjir," katanya.
Menurutnya, antara punca banjir di situ adalah disebabkan longkang tersumbat akibat pembuangan sampah, dinding longkang runtuh dan menyempitkan saluran longkang.
Selain itu, struktur binaan longkang yang lebih tinggi daripada jalan mengakibatkan air tidak dapat mengalir ke longkang dan binaan longkang bawah tanah yang menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan.
"Saya juga meminta orang ramai agar mendapatkan kelulusan pihak Majlis Bandaraya sebelum melakukan sebarang kerja pengubahsuaian rumah atau kawasan rumah.
"Kadangkala kesilapan kita sendiri boleh menyebabkan terjadinya banjir yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh kita, malah jiran sekeliling," katanya.
Ming Kai juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak kecil mereka tatkala musim tengkujuh begini.
Katanya, banjir bukan sahaja boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda, malah penularan penyakit berjangkit.
Artikel daripada Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sejahtera..maaf mengganggu di tgh kesibukan dgn tugasan kerja.dimana saya boleh dapatkan background penuh tntg Yb?
saya tertarik dgn artikel dalam buku "bintang-bintang berkelipan" koleksi rencana siasah...
artikel itu mendorong saya untuk menziarah blog ini,,,saya salah seorang rakyat dari adun semanggol,,boleh saya dapatkan email YB?...salam taaruf dari saya,permisi..Membangun Bersama Islam
Salam Sdra Mubarak, Saya dilahirkan pada 7 Oktober 1980 di Ipoh. Saya membesar di Ipoh dan mendapat pendidikan awal di Yuk Choy. Pengajian peringkat sarjana di UTM Johor.
Sdra boleh e mail saya ke chanmingkai@hotmail.com. Salam perjuangan daripada saya.
AMK Cabang Kuala Langat tidak ketinggalan mengucapkan setinggi penghargaan atas sikap YB yang ingin belajar mengetahui adat semua kaum. Berlainan pula dengan ADUN kami di DUN Tlk. Datuk Selangor.
Harap YB dapatlah layari blog kami di http://amkkualalangat.blogspot.com/
Post a Comment