Monday, November 23, 2009
Dah potong?
Iklan di tv yang memaparkan ungkapan "Dah potong?" serta "Potong! Potong! Potong!" mendapat reaksi pelbagai. Ada yang menganggapnya lucu, dan ada pula yang mengaggapnya lucah.
Ironinya, dalam kehidupan seharian, saya selalu juga disindir dengan ungkapan tersebut.
Kenapa?
Berada dalam Parti KEADILAN Rakyat dan bersama dalam perjuangan Pakatan Rakyat menyebabkan terjalinnya hubungan rapat sesama ahli. Dalam masa berkempen, bekerja, turun padang serta menjalankan program, seminar atau kursus, kami berpeluang bergaul dengan lebih mesra.
Kerana itu saya tidak dapat lari dari belajar mengenai budaya dan anutan kaum lain, terutamanya orang Melayu yang beragama Islam, yang merupakan kaum majoriti dalam Malaysia.
Belajar menghormati waktu solat, peka terhadap makanan yang halal atau haram, tidak dengan sengaja makan dan minum di hadapan mereka yang sedang berpuasa, ini saya lakukan.
Apatah lagi semenjak bergelar wakil rakyat DUN Simpang Pulai. Saya mewakili semua yang tinggal bermastautin dalam Simpang Pulai. Selain daripada Cina, ada Melayu, India dan Orang Asli.
Selagi mungkin, saya cuba melibatkan diri dengan masyarakat walaupun dalam aktiviti keagamaan, asalkan keterlibatan saya diterima. Saya menghadiri kenduri-kendara, jamuan rumah terbuka, majlis berbuka puasa serta upacara pengkebumian. Malah, pernah juga saya menghadiri kenduri akikah bayi yang baru lahir. Saya jamah semua makanan yang tersedia kecuali daging kambing akikah tersebut.
Bagaimana saya tahu yang saya tak sepatutnya menyentuh daging kambing tersebut? Kerana saya ambil tahu. Kenapa saya ambil tahu? Kerana saya menghormati fahaman agama lain.
Ada ketikanya saya berbaju Melayu dan bersongkok. Bukan setakat nak ambil hati, tetapi yang lebih pentingnya untuk mewujudkan rasa mesra.
Bukan saya seorang yang diserbu dengan pertanyaan dan sindiran sebegini. Rakan-rakan lain dalam KEADILAN juga.
Sewaktu berkempen bersama ahli-ahli PAS, kawan saya berbangsa Cina dan bukan Muslim disorak oleh Puteri-puteri UMNO - " Dah potong ke? Dah potong ke?!!!"
Merah telinga kawan saya kerana merasa malu dengan pertanyaan yang keluar daripada mulut gadis-gadis muda tersebut.
Tetapi Puteri-puteri itu merasakan ungkapan itu sungguh lucu lalu mereka pun ketawa berdekah-dekah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Just ignore what ever people said about u YB Chan,for me what u did incredible & its not easy for person like u to understand about other religion& culture, it takes a time. But u did are more sincere & rakyat can feel & see it. I'am impressed to see young politician like u. Even though i'am not Perakian but i can see your style & i can feel how sincere u are. U think about Rakyat 1st & pikul t'ggungjawab yg diamanahkan Rakyat sebaik mungkin. It's not easy for u i think....Syabas & keep a good work YB Semoga ALLAH will bless people like u -AMIN-
YB...
tahniah sy ucapkan kerana YB merupakan contoh yg baik kepada masyarakat sekeliling. Pada masa yg sama sy turut merasa kecewa dgn perlakuan puteri2 Umno yg biadab itu. Percayalah YB,Islam tidak pernah mngajar penganut nya biadap sedemikian rupa. sebaliknya Islam adalah agama yang mengajak penganutnya untuk berbuat baik, dan saling hormat menghormati. Cuma mungkin mereka2 ini kurang menghayati ajaran Islam itu sendiri. Semoga tuhan memberi kekuatan kepada Yb untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. ~ahli PAS
Good ada kesedaran drpada penyokong keadilan dan pas kerana sedar bahawa sikap biadap tu tidak bagus. Moga nik aziz hormati orang lain dan tidak mendoakan keburukan orang lain. Kepada penyokong keadilan jangan jadi gila kuasa.
Saya dari Kulim,
Alangkah baik kiranya YB dapat menjadi calon atau wakil Kulim berbanding dengan yang ada sekarang ni. :)
Post a Comment