Friday, April 2, 2010

Kebakaran di Jalan Dato' Damanhuri, Rapat Setia - 29 Mac 2010



Kebakaran awal pagi menyebabkan Saudara Normansor sekeluarga kehilangan tempat tinggal, harta benda malah kenderaan proton satria neo yang masih baru.

Kebakaran dipercayai bermula di bahagian hadapan rumah. Ketika kejadian, Sdr Normansor tiada di rumah kerana keluar bekerja. Beliau menjalankan perniagaan makanan sejuk beku.

Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut.

Rupanya Sdr Normansor adalah individu yang telah menolong Dato' Seri Nizar semasa beliau terbabit dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Dan semenjak kejadian tersebut, beliau sekeluarga menjalinkan hubungan baik dengan Dato' Seri Nizar dan keluarga.





Saya kagum dengan Sdr Normansor yang bukan sahaja dapat berjaya sebagai seorang peniaga, malah boleh bertutur dalam bahasa Kantonis dengan baik. Sewaktu berbual dengan beliau dalam telefon, langsung saya tidak sangka yang beliau bukan Cina!

Dalam keterbatasan sumber, saya cuba juga menolong dengan cara mendapatkan bantuan kecemasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menawarkan khidmat saya dalam hal ehwal surat menyurat dan sebarang keperluan pengesahan daripada ADUN.

Saya juga sempat berbicara dengan Pengetua sekolah anak-anak Sdr Normansor dan menawarkan khidmat saya di mana sahaja diperlukan dan menyerahkan nombor telefon peribadi saya agar mudah dihubungi.





Namun apabila tiba masa menyerahkan barangan bantuan kecemasan, ADUN BN yang tiba paling lewat dan disambut sekumpulan Wanita UMNO dengan memakai vest merah menyala 'skuad sayang' telah menyampaikannya. Saya dan DS Nizar cuma memandang dari jauh.

Tak apalah, sesiapa yang sampaikan pun tak mengapa, asalkan yang memerlukan menerima bantuan.





DS Nizar dan isteri, Datin Seri Fatimah Taat telah mempelawa Sdr Normansor sekeluarga tinggal sementara di rumah beliau. Isteri dan anak-anak Sdr Normansor kemudiannya mengikuti DS Fatimah Taat menaiki kereta ke kediaman beliau.

No comments: