Thursday, November 20, 2008
Serahan Sumbangan SRJK(T), Gunong Rapat & Sekolah Agama Rakyat Al Ulum, Kg Sengat
Sungguhpun bukan mudah bagi saya sebagai wakil rakyat Kerajaan Negeri Perak untuk masuk ke sekolah-sekolah bantuan Kerajaan Pusat, ianya tidak menghalang saya daripada mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam kawasan saya.
Saya mendekati sekolah-sekolah yang ada dan cuba membantu dengan sebaik mungkin mengikut bidang kuasa yang ada. Di antaranya ialah SRJK(T), Gunong Rapat yang menghadapi pelbagai permasalahan dari segi barangan keperluan, kekurangan bilik darjah dan ketiadaan padang rumput. Buat masa ini, yang terbaik yang dapat saya salurkan ialah sebiji 'water cooler'. Ianya penting kerana sungutan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)tentang air paip yang kurang bersih. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada PIBG SRJK(T), Gunong Rapat yang memainkan peranan aktif dalam kebajikan sekolah.
Sebuah Sekolah Agama Rakyat, Al Ulum yang terletak di Kampung Sengat telah diluluskan permohonan bagi mendapatkan sebuah komputer. Pengerusi Al Ulum menyambut baik kadatangan dan niat saya untuk memberikan sumbangan. Pemberian komputer adalah bagi kegunaan pelajar-pelajar bakal pewaris ganerasi akan datang.
Serahan Sumbangan ke Kampung Orang Asli
Terdapat beberapa perkampungan Orang Asli yang terletak dalam kawasan DUN Simpang Pulai. Atas keprihatinan tentang cara hidup, masalah dan cabaran yang mereka hadapi dalam persaingan hidup kini, sedikit sumbangan telah disalurkan kepada mereka.
Sumbangan papan tanda kampung mereka, mesin pemotong rumput, kanopi serta generator. Mereka nampaknya begitu ceria menerima barangan tersebut. Adalah diharapkan sumbangan tersebut dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin.
Serahan Sumbangan - Surau Al Falah, Taman Panglima, Rapat Setia
Semasa mengadakan program berbuka puasa di surau-surau sepanjang Ramadhan yang lalu, saya telah berpeluang berbuka puasa dan berkenal-kenalan dengan kariah Surau Al Falah yang terletak dalam kawasan Taman Panglima. Surau tersebut agak kecil dan kerusi mejanya juga nampak agak uzur.
Daripada maklumat yang saya terima, kerusi meja yang ada telah berpuluh tahun usianya. Maka, dengan sedikit peruntukan daripada Kerajaan Negeri, saya menyalurkan kepada surau tersebut dalam bentuk barangan.
Sejumlah 50 buah kerusi, 4 buah meja lipat dan 1 kanopi bersaiz 20 kaki telah diserahkan kepada surau tersebut melalui pengerusinya, Encik Salehuddin pada tarikh-tarikh 14 Nov 2008 dan 19 Nov 2008. Semoga dengan sumbangan tersebut, dapat menggembirakan kariah surau dan dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Mesyuarat Dewan Undangan Negeri
Mesyuarat pada kali ini telah berlangsung bermula 10 Nov hingga 13 Nov 2008. Kedatangan saya adalah 100%. Tentulah kerana ia adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh pengundi untuk menghadiri dan membahaskan isu-isu yang melibatkan masa depan rakyat negeri Perak.
Sungguhpun ada masanya sidang tersebut tampak 'hangat', secara keseluruhan, ianya berjalan lancar. Walaupun wakil-wakil rakyat 'hangat' di dalam dewan, tetapi di luar dewan, wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang boleh duduk makan-minum semeja.
Perbahasan saya mengenai Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak, telah mendapat maklum balas yang positif daripada wakil rakyat pembangkang. Dan saya menghargai setiap pandangan dan bangkangan daripada wakil-wakil kerajaan mahupun pembangkang.
Wednesday, November 19, 2008
Sambutan Deepavali DUN Simpang Pulai - 16 NOV 2008
Kali pertama DUN Simpang Pulai mengadakan majlis sambutan Deepavali, begitu ramai yang telah menghadirinya. Kehadiran dianggarkan sekitar 250 ke 300 orang. Lebih membanggakan, majlis itu juga telah dihadiri oleh tetamu Melayu dan Cina.
Bagi memeriahkan majlis tersebut, saya telah mengenakan pakaian tradisional India yang dipanggil 'kurta'. Dan sebagai memulakan upacara, saya telah diberikan penghormatan untuk menyalakan lampu minyak. Deepavali juga membawa maksud Pesta Cahaya, kemenangan mengatasi kejahatan.
Majlis digamatkan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak yang berbagai ragam dan kerenahnya. Ibu bapa tampak begitu teruja melihat gelagat anak mereka di pentas. Tidak dilupakan bagi mereka yang kurang bernasib baik, 30 beg sumbangan berupa barangan makanan telah diagih-agihkan.
My Ampang Service Center
Saturday, November 8, 2008
My Pasar Malam 'Stall'
Before I became a YB, I had a 'pasar malam' (flea market) stall in Taman Ipoh Jaya. The items I "sold" were the KeADILan newspaper, free party bulletins, KeADILan membership forms and SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) forms. But more importantly, I was 'selling' myself. And that was how voters got to know me.
My pasar malam counter started in 2005. In the beginning, I put it up only on the first Monday of the month. I had to carry my own table and stools there, my dry cell and assemble the bunting and the lighting. When the crowd thinned out, usually around 10 pm, then it was time for me to dismantle everything and carry the stuffs back to my car. When it rained, I got wet. Pretty soon it became a routine.
After sometime, it became twice a month. Nearing the election, it was up on every Monday. Even though back then shoppers were reluctant to approach my counter, I became a familiar face.
During the campaign period, the 'ceramah' which was held there received tremendous turnout. When it was my turn to deliver a speech, I was greeted by shrieks of "Ah Kai!" from the crowd. They treated me like I was their friend.
Now, I have a service center at Ampang which is near to the Ipoh Jaya pasar malam area. My Ampang center operates on every Monday, 8 pm to 10 pm. It is a house, comfortable enough, with chairs for complainants to seat and sheltered from harsh weather.
But my pasar malam counter, the place where started it all, is near and dear to my heart. You can still see me there, now only on the first Monday of the month. I would be there if I do not have any pressing engagements.
You can still see me there, carrying tables and stools and party materials, braving the weather. Now as a YB, shoppers no longer hesitate to approach my 'stall'. But to the many traders there, I am still their friend, 'Ah Kai'.
Thursday, November 6, 2008
Penjaja Limau Bali Tambun - 3 Nov 2008
Di Ipoh, salah satu tarikan pelancong adalah limau bali. Limau bali atau pamelo cukup signifikan dengan Ipoh. Pusat penjaja limau bali Tambun terletak di sepanjang Jalan Raja Dr Nazrin Shah ( atau dikenali juga dengan Jalan Gopeng ), dan adalah termasuk dalam Dun Simpang Pulai. Dan pusat ini didirikan adalah dengan izin Tuanku Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan. Dengan itu, sebarang perubahan atau penambah baikan, perlulah mendapat perkenan ke bawah Duli Tuanku.
Peniaga-peniaga disitu ada beberapa keluhan yang bersangkutan dengan tempat perniagaan mereka. Antaranya mereka memerlukan pemasangan 'awning' pada bahagian belakang kedai bagi mengelakkan tempias apabila hujan, papantanda tambahan, papantanda parkir untuk bas, pemasangan 'awning' antara blok bangunan dan bukaan jalan baru bagi memudahkan kereta keluar masuk.
Untuk itu, saya dengan kerjasama Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Roshidi, telah mengadakan pertemuan dengan para penjaja. Kebanyakan permintaan mereka dapat diluluskan kecuali bukaan jalan baru kerana ianya agak merbahaya.
Walaupun bukan semua permintaan mereka dapat diluluskan, para peniaga tampak berpuas hati dengan kesungguhan Datuk Bandar dalam menyelesaikan permasalahan mereka. Dialog sebegini,di antara pentadbir dan penduduk adalah baik bagi mewujudkan komunikasi dua hala supaya dapat saling faham memahami.
Subscribe to:
Posts (Atom)