Thursday, November 20, 2008

Serahan Sumbangan - Surau Al Falah, Taman Panglima, Rapat Setia




Semasa mengadakan program berbuka puasa di surau-surau sepanjang Ramadhan yang lalu, saya telah berpeluang berbuka puasa dan berkenal-kenalan dengan kariah Surau Al Falah yang terletak dalam kawasan Taman Panglima. Surau tersebut agak kecil dan kerusi mejanya juga nampak agak uzur.

Daripada maklumat yang saya terima, kerusi meja yang ada telah berpuluh tahun usianya. Maka, dengan sedikit peruntukan daripada Kerajaan Negeri, saya menyalurkan kepada surau tersebut dalam bentuk barangan.

Sejumlah 50 buah kerusi, 4 buah meja lipat dan 1 kanopi bersaiz 20 kaki telah diserahkan kepada surau tersebut melalui pengerusinya, Encik Salehuddin pada tarikh-tarikh 14 Nov 2008 dan 19 Nov 2008. Semoga dengan sumbangan tersebut, dapat menggembirakan kariah surau dan dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

No comments: