Thursday, November 20, 2008

Serahan Sumbangan SRJK(T), Gunong Rapat & Sekolah Agama Rakyat Al Ulum, Kg Sengat





Sungguhpun bukan mudah bagi saya sebagai wakil rakyat Kerajaan Negeri Perak untuk masuk ke sekolah-sekolah bantuan Kerajaan Pusat, ianya tidak menghalang saya daripada mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam kawasan saya.

Saya mendekati sekolah-sekolah yang ada dan cuba membantu dengan sebaik mungkin mengikut bidang kuasa yang ada. Di antaranya ialah SRJK(T), Gunong Rapat yang menghadapi pelbagai permasalahan dari segi barangan keperluan, kekurangan bilik darjah dan ketiadaan padang rumput. Buat masa ini, yang terbaik yang dapat saya salurkan ialah sebiji 'water cooler'. Ianya penting kerana sungutan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)tentang air paip yang kurang bersih. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada PIBG SRJK(T), Gunong Rapat yang memainkan peranan aktif dalam kebajikan sekolah.

Sebuah Sekolah Agama Rakyat, Al Ulum yang terletak di Kampung Sengat telah diluluskan permohonan bagi mendapatkan sebuah komputer. Pengerusi Al Ulum menyambut baik kadatangan dan niat saya untuk memberikan sumbangan. Pemberian komputer adalah bagi kegunaan pelajar-pelajar bakal pewaris ganerasi akan datang.

No comments: