Thursday, November 6, 2008

Penjaja Limau Bali Tambun - 3 Nov 2008



Di Ipoh, salah satu tarikan pelancong adalah limau bali. Limau bali atau pamelo cukup signifikan dengan Ipoh. Pusat penjaja limau bali Tambun terletak di sepanjang Jalan Raja Dr Nazrin Shah ( atau dikenali juga dengan Jalan Gopeng ), dan adalah termasuk dalam Dun Simpang Pulai. Dan pusat ini didirikan adalah dengan izin Tuanku Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan. Dengan itu, sebarang perubahan atau penambah baikan, perlulah mendapat perkenan ke bawah Duli Tuanku.

Peniaga-peniaga disitu ada beberapa keluhan yang bersangkutan dengan tempat perniagaan mereka. Antaranya mereka memerlukan pemasangan 'awning' pada bahagian belakang kedai bagi mengelakkan tempias apabila hujan, papantanda tambahan, papantanda parkir untuk bas, pemasangan 'awning' antara blok bangunan dan bukaan jalan baru bagi memudahkan kereta keluar masuk.

Untuk itu, saya dengan kerjasama Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Roshidi, telah mengadakan pertemuan dengan para penjaja. Kebanyakan permintaan mereka dapat diluluskan kecuali bukaan jalan baru kerana ianya agak merbahaya.

Walaupun bukan semua permintaan mereka dapat diluluskan, para peniaga tampak berpuas hati dengan kesungguhan Datuk Bandar dalam menyelesaikan permasalahan mereka. Dialog sebegini,di antara pentadbir dan penduduk adalah baik bagi mewujudkan komunikasi dua hala supaya dapat saling faham memahami.

No comments: